in , ,

YouTube Menjana Lebih RM60 Bilion Sepanjang 2019

Google sebelum ini jarang berkongsi pendapatan yang dijana oleh perkhidmatan penstriman video mereka. Terbaru, ketika pengumuman penyata kewangan terbaru, Google mengubah tradisi ini, dan telah berkongsi pendapatan yang dijana oleh YouTube.

Menurut Google, sepanjang suku terakhir 2019 yang lepas, YouTube telah menjana $4.7 bilion (~RM19.34 bilion). Menariknya, sepanjang 2019 yang lepas, YouTube dilihat telah menjana secara keseluruhan sebanyak $15.1 bilion (~RM62.14 bilion).

Angka ini boleh dikatakan agak baik untuk Google, memandangkan mereka telah mendapatkan perkhidmatan video ini pada nilai $1.7 bilion pada 2006 yang lepas. Sejak daripadanya, YouTube telah berkembang pesat, dan kini menjadi perkhidmatan video pertama yang dituju ramai pengguna seluruh dunia.

Apa pun, secara keseluruhan, suku ke-4 2019 yang lepas, dilihat tidak begitu baik untuk Alphabet (syarikat sebalik Google) secara keseluruhannya jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini.

Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Legasi Dari Tirai Besi Dalam Panorama

Karnival Semarak Juara 2020 Bakal Hangatkan SUKMA XX Johor 2020