in ,

Kumpulan Azlan X Ara Johari, Shazreen Shaharum Juara SURIA DUO X

Finalis kumpulan Azlan & The Typewriter dan Ara Johari, Shazreen Shaharum, 24, muncul sebagai juara Suria Duo X yang diadakan di TM Convention Centre, Kuala Lumpur Jumaat lalu sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan sebuah trofi Suria Duo X.

Tempat kedua pula dimenangi oleh finalis kumpulan Ezad Lazim dan Aina Abdul, Murshid Nazri yang membawa pulang RM3,000 serta trofi Suria Duo X manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh finalis kumpulan Syamel dan Siti Sarah, Danny Mierul yang meraih wang tunai RM2,000 dan trofi Suria Duo X. 

SURIA DUO X (1)

Peserta Suria Duo X ini diadili dengan 70% undian online di laman web undi.suria.my bermula pada 5 Oktober sehingga 9 Oktober lepas manakala 30% undian lagi diadili oleh juri jemputan iaitu Pengurus Kanan Suria FM, DJ Lin dan penyampai Suria FM, Sharifah Shahirah serta dua wakil media iaitu Niezam Abdullah, Pengarang mStar dan Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian. 

Finale Suria Duo X yang bersiaran langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV ini turut menampilkan persembahan jemputan daripada Dato Hattan, Adam E, Yonnyboii, Madam Band dan Dolla. 

TEAM AZLAN X ARA JOHARI (3

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

SHAZREEN SHAHARUM
SHAZREEN SHAHARUM
MURSHID NAZRI
MURSHID NAZRI
DANNY MIERUL
DANNY MIERUL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamani Belum Bersedia Guna Kaedah IVF untuk Timang Anak

Pandemik Covid-19 Semakin Menular, Tiada Sidang Media Di Gegar Vaganza Musim Ini