in , ,

Pandemik Covid-19 Semakin Menular, Tiada Sidang Media Di Gegar Vaganza Musim Ini

Ekoran kes pandemik Covid-19 yang sedang meningkat, sidang media Gegar Vaganza 7 (GV7) tidak akan diadakan sepanjang musim ini, tertakluk kepada keadaan semasa.

Keputusan tersebut terpaksa dilaksanakan segera bagi menyahut saranan kerajaan yang menggesa rakyat negara ini untuk lebih berwaspada dan mematuhi arahan SOP, termasuklah mengamalkan penjarakan fizikal, kebersihan kendiri dan memakai pelitup muka di kawasan awam.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, melihat kepada peningkatan kes baharu Covid-19 di Malaysia yang semakin membimbangkan, pihak Astro mengambil keputusan untuk memperketatkan SOP penganjuran konsert GV7.

tiada-sidang-media-gv7

“Ia termasuklah untuk tidak mengadakan sebarang sesi sidang media susulan, selepas tamat konsert mingguan seperti kebiasaan bagi mengelakkan pergaulan tanpa pemantauan terperinci serta bersentuhan antara satu sama lain.

“Bagaimanapun, pihak media boleh membuat temu bual secara atas talian atau menerusi telefon dengan mana-mana bintang dan juri ‘GV7’ atas permintaan. 

“Pihak kami akan cuba memenuhi bagi melancarkan tugas pihak media,”

– Emarina Mohd Kamal

Tambah beliau lagi pihak Astro akan menilai semula keputusan untuk menganjurkan sesi sidang media susulan sejurus selepas konsert mingguan berdasarkan kepada jumlah kes dan keadaan penularan wabak ini dari semasa ke semasa.

“Pihak Astro juga dengan berbesar hati ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan berterusan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak media kepada program-program terbitan Astro selama ini,”

– Emarina Mohd Kamal

GV 7 Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Jangan lupa saksikan GV7 yang dibawakan oleh Farm Fresh sebagai penaja utama dan Cuckoo selaku penaja bersama serta Digi merupakan Telco rasmi musim ini.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.

*Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Azlan X Ara Johari, Shazreen Shaharum Juara SURIA DUO X

Filem AKU BUKAN GILA Beri Kesedaran Tentang Penyakit Bipolar Kepada Masyarakat