in , ,

Konsert The Music Of Stevie Wonder Oleh MPO Jazz Band & Friends di DFP

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya dengan sebuah konsert jazz bertemakan The Music of Stevie Wonder yang bakal dipersembahkan oleh MPO Jazz Band & Friends pada Sabtu, 9 September 2023 jam 8.30 malam.

Menyerlahkan lagi versatiliti melangkau muzik klasikal, ensemble jazz Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) sebelum ini pernah mempersembahkan konsert bernuansakan jazz seperti konsert All That Jazz (2013) dan siri MPO Happy Hour, dan berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dan luar negara seperti Elvira Arul, Atilia, Ruth Sahanaya, Laura Fygi dan Harry Connick Jr. Ini telah mengukuhkan keunggulan MPO sebagai orkestra yang amat versatil.

Dalam konsert ‘tribute’ untuk Stevie Wonder ini, MPO Jazz Band akan mempersonakan hadirin dengan lagu-lagu malar segar dari penyanyi/komposer Amerika yang diakui sebagai artis berpengaruh dengan muzik yang melangkau genre.

Konsert The Music Of Stevie Wonder Oleh MPO Jazz Band & Friends di DFP

Wonder menjulang kejayaan gemilang pada era 1970an melalui lagu-lagu seperti Superstition dan Songs in the Key of Life. Kehebatan seni beliau mencapai tahap paling kemuncak pada tahun 1980an melalui kolaborasi bersama Michael Jackson dan Paul McCartney.

Salah seorang artis terlaris sepanjang masa (dengan jualan album melebihi 100 juta di seluruh dunia), Wonder telah memenangi 25 Anugerah Grammy dan satu Anugerah Academy, and telah diiktraf di Songwriters Hall of Fame.

MPO Jazz Band akan mempersembahkan lagu-lagu hit dari Wonder dalam interpretatsi jazz seperti Don’t You Worry ‘Bout A Thing, Send One Your Love, I Wish, Rocket Love, Part Time Lover, Contusion, Golden Lady dan Sir Duke. 

Konsert ini bakal dipimpin oleh pengarah muzik Marques Young, yang juga pemain trombon MPO. Beliau mempunyai Bachelor’s Degree of Music dari The Juilliard School, New York, dan pernah membuat persembahan bersama the American Brass Quintet, Buffalo dan New York Philharmonic,  Arkansas dan Charleston Symphony, dan Aspen Festival Orchestra. Beliau pernah mengedarkan album perdana, Duel Citizenship, pada tahun 2016, dan terlibat dalam pembikinan album-album Bassment Syndicate iaitu 25 hrs dan Morning

Young merupakan salah seorang ahli Fakulti Trombon di Yong Siew Toh Music Conservatory di Singapura dan University of Malaysia. Beliau juga adalah artis di bawah pengurusan Thein Brass, Willie’s Custom Mouthpieces dan MVQ.

Konsert The Music Of Stevie Wonder Oleh MPO Jazz Band & Friends di DFP

Turut menyertai Young di pentas DFP nanti ialah vokalis bersuara lantang Aisha Retno dan penyanyi/komposer Syafiq Abdilah. Aisha telah melancarkan beberapa single sejak terlibat dalam dunia seni pada tahun 2018 dan mendapat tempat ketiga dalam program Big Stage pada tahun 2022. Single perdana berbahasa Inggeris beliau ialah W.H.U.T. mendapat tontonan 32 juta dan melayakkan Anugerah Emas. Syafiq melancarkan single perdana pada tahun 2019 yang meraih tontonan 500,000 di YouTube.

Konsert The Music Of Stevie Wonder Oleh MPO Jazz Band & Friends di DFP

Beliau juga merupakan finalis untuk program Big Stage pada tahun 2022 dan seterusnya melahirkan single bertajuk Kekal. Bersama-sama MPO Jazz Band, kedua-dua   artis akan mempersonakan hadirin dengan persembajan jazz yang segar.

Nikmatilah muzik jazz yang unik persembahan MPO Jazz Band & Friends, hanya di DFP!

Konsert The Music Of Stevie Wonder Oleh MPO Jazz Band & Friends di DFP

Maklumat Konsert 

Tarikh

Sabtu, 9 September 2023 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS

Band / Pengarah Muzik / Vokal

MPO Jazz Band 

Marques Young pengarah muzik/trombon

Aisha Retno vokal

Syafiq Abdilah vokal 

Harga Tiket 

Premium: RM309, A Reserve: RM269, B Reserve: RM229, C Reserve: RM189

Meet & Greet: RM349. Suite: RM189/RM229 

Waktu Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)

Tempahan Telefon: 03-23317007 Tempahan Email: [email protected]
Laman Web DFP: www.dfp.com.my

Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas
YouTube
: MPO TV, Spotify: MPO, TikTok: @malaysianphilharmonic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pre-Order Galaxy Z Fold 5, Galaxy Z Flip5, Galaxy Watch 6 & Galaxy Tab S9

Susah Nak Cari Macam Watie, Raisudin Gembira Tengok Shuib