in ,

Konsert Mestika D’Klasik 2 Dekad Sempena Temasya Sehati@RTM

Konsert Mestika D’Klasik 2 Dekad Sempena Temasya Sehati@RTM Di Johor Bahru anjuran stesen Radio Klasik dengan kerjasama JOHORfm

Radio Televisyen Malaysia (RTM) kali ini menjelajah ke Johor Bahru bagi menjayakan Temasya Sehati@RTM “Menggamit Kenangan” anjuran stesen Radio Klasik dengan kerjasama JOHORfm bakal menghangatkan suasana Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru dengan pelbagai aktiviti menarik bermula 11 hingga 13 Oktober ini bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Konsert Mestika D'Klasik 2 Dekad

Sebagai menghargai peminat dan para pendengar setia Radio Klasik “Menggamit Kenangan” bersempena meraikan 20 tahun siarannya, stesen paling digemari rakyat Malaysia itu menerbitkan “Konsert Mestika D’Klasik 2 Dekad” yang dipersembahkan secara langsung pada 13 Oktober, hari Sabtu, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV2, FBLive dan Radio Klasik.

Buat julung kalinya, pentas konsert terbesar pernah dianjurkan oleh stesen radio berkenaan akan dihiburkan oleh barisan artis popular tanah air dengan menggabungkan artis baharu dan artis veteran dari Malaysia dan Singapura iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Herman Tino, Mas Idayu, Dato Nash, Man Bai, Noraniza Idris, Raja Azura, Hael Husaini, Dato Jeffrydeen, Rahimah Rahim, Wany Hasrita, Junainah Mamin, Jay Jay, Ruhil Amani, Nona Ushera, Abon dan Radhi Bintang P. Ramlee.

Dato Sri Siti Nurhaliza menjayakan konsert Mestika D'Klasik

Pelbagai himpunan lagu-lagu popular dan malar segar yang menrentas zaman dari era 50-an hingga awal tahun 2000 akan dipersembahkan dalam bentuk orkestra dengan iringan Orkestra RTM dan Orkestra Tradisional Malaysia.

Sementara itu, antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Temasya Sehati@RTM Menggamit Kenangan ialah Pameran dan Pertandingan Vespa & Lambretta D’Klasik dengan kerjasama Kelab Vespa Lambretta Johor, Showcase Suara 90-an D’Klasik, Ceramah agama “Mustaqeem” bersama-sama YBhg. Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Kejohanan Bola Jaring D’Klasik, Pertandingan Busana & Mekap Tradisional, D’Klasik Fun Run 2018 dengan tema pakaian Batik dan Pelikat, Pertandingan memasak Asam Pedas dan Mee Bandung,

WhatsApp Image 2018-10-08 at 3.49.30 PM (2)

Pertandingan Gubahan Sireh serta banyak lagi aktiviti, pameran dan jualan yang menarik di Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru.

Temui para penyampai radio RTM di Temasya Sehati@RTM Menggamit Kenagan mulai 11 hingga 13 Oktober 2018 dan sertailah pelbagai program dan aktiviti menarik serta saksikan Konsert Mestika D’Klasik 2 Dekad secara langsung pada 13 Oktober 2018 (Sabtu), bermula pukul 8.30 malam di Auditorium Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor Bahru, Johor.

WhatsApp Image 2018-10-08 at 3.49.30 PM (3)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Zizan Razak Dilantik Jadi Duta Telefon Bimbit honor 8X

Nickelodeon’s Paw Patrol Live! The Great Pirate Adventure