in

Kelab Peminat Buat Kejutan HariJadi Ke-21 Untuk Aisyah Aziz

Pada 30 Mei (Sabtu) lalu telah berlangsungnya majlis sambutan harijadi yang diadakan oleh kelab peminat Aisyah Aziz – Team Esah. Majlis yang dihadiri oleh 50 peminat yang datang dari Malaysia dan Singapura diadakan di Civil Service Club, Changi. Ini merupakan kali ke-2 peminat dapat bersama-sama meraikan majlis harijadi bersama artis kesayangan mereka sejak penubuhan kelab peminat pada tahun lalu. Jika pada tahun lalu ia diadakan di Kuala Lumpur, kali ini majlis sambutan harijadi berlangsung dengan meriahnya di Singapura.

Majlis yang begitu meriah bertemakan ‘Gold & Red’ ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan peminat-peminat dari Malaysia dan juga Singapura selain mereka dapat mengenali Aisyah lebih dekat lagi.

Selesai sahaja upacara memotong kek, peminat dihiburkan dengan nyanyian dari Aisyah iaitu lagu ‘single ke-2’ beliau, PILIHAN SEJATI. Lagu dan lirik yang sepenuhnya ditulis oleh Aizat Amdan ini diperdengarkan pada majlis itu sebagai salah satu agenda kelab peminat – Team Esah untuk membantu mempromosikan lagu artis kesayangan mereka.

Selain pelbagai aktiviti menarik diadakan pada majlis itu seperti sesi Q & A (siapa dapat jawap, dapat hadiah tau! ☺ ), Aisyah Aziz juga telah merasmikan Instagram kelab peminatnya iaitu TEAM ESAH. Dengan adanya Instagram Team Esah ini peminat dapat mengetahui info-info terkini dan mengikuti perkembangan Aisyah Aziz selain boleh turut serta dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab peminat.

“Sungguh terharu di atas sambutan majlis hari lahir yang ke-21 kerana dapat diraikan bersama peminat-peminat, saya juga berharap peminat sentiasa dengar & request lagu PILIHAN SEJATI di radio-radio kegemaran anda selain mendoakan Team Esah semakin berkembang – Aisyah Aziz”

Artis jemputan yang hadir di majlis yang cukup bermakna ini adalah Martin Zainol yang merupakan penyanyi kelahiran Singapura.

IMG-20150601-WA0105

IMG-20150601-WA0096

IMG-20150601-WA0097

IMG-20150601-WA0098

IMG-20150601-WA0099

IMG-20150601-WA0101

IMG-20150601-WA0102

IMG-20150601-WA0103

IMG-20150601-WA0104

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Siaran Langsung IIFA Awards 2015 di Astro First

Beebey Penyampai Era Fm Sabah Selamat Bernikah