in ,

“Keadaan Sendiri Pun Tak Okey..” Ibu Positif Covid-19, Elyana Dilanda Kebimbangan

Penyanyi dan juga pelakon, Elyana memaklumkan bahawa ibu kesayangan, Shamsidar Alias telah disahkan positif COVID-19 pada Isnin lalu. Ini membuatkan Elyana jadi risau dan sedih.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal,34, memberitahu hanya ibunya sahaja yang positif manakala bapa dan adik lelaki yang tinggal bersama bebas daripada jangkitan wabak tersebut.

Berita duka itu dikongsikan penyanyi lagu Kalis Rindu ini menerusi Instagram Story miliknya, semalam.

Dalam pada itu, Elyana berkata dia berasa sangat bimbang dan juga sedih kerana tidak dapat berada di sisi keluarga terutama ibunya memandangkan keadaan kesihatannya juga kurang baik.

“Keadaan Sendiri Pun Tak Okey..” Ibu Positif Covid-19, Elyana Dilanda Kebimbangan

Saya sedih sangat..saya pun tak boleh nak tolong banyak sebab keadaan kesihatan pun tak berapa okay. Saya baru selesai jalani radioterapi dan akan menyambung rawatan kimoterapi selepas ini.

– Elyana

Elyana juga mengambil kesempatan memohon doa orang ramai agar ibunya kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.

“Ya Allah, kau lindungilah ayah ku, Emrizal Shamsudin yang sedang menjaga ibu ku daripada terkena jangkitan ini.

Serta jauhkanlah adik lelaki ku Eizad Ezmeer daripada berjangkit”

– Elyana

Julai lalu, pelakon drama Dunia Baru itu telah memulakan rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul sebanyak lima kali bagi merawat penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun yang lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Zealand Rekodkan Jangkitan Pertama Sejak 6 Bulan

Janji Nak Pulang Bila Kerajaan Dah Bertukar, Caprice Jawab Pertanyaan Peminat