in ,

New Zealand Rekodkan Jangkitan Pertama Sejak 6 Bulan

Selepas 6 bulan bergerak bebas tanpa sebarang kes jangkitan Covid-19, New Zeland hari ini merekodkan 1 jangkitan baru Covid-19.

New Zealand merekodkan kes jangkitan Covid-19 pertama dalam tempoh enam bulan hari ini.

Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa kesihatan New Zealdn kini bertungkus-lumus mengesan punca jangkitan. Jabatan kesihatan memaklumkan, kes itu dikenal pasti di Auckland dan barisan menteri akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tindakan selanjutnya berhubung kes jangkitan tersebut.

“Tindakan awal dapat mencegah kes jangkitan menular dengan lebih banyak dan semua penduduk dinasihatkan supaya kekal tenang dan terus patuhi protokol kesihatan.

“Jabatan kesihatan akan terus mengumpul maklumat mengenai sebarang kes,”

– Jabatan kesihatan

Mereka mengambil serius kes jangkitan tersebut kerana sekiranya tindakan awal dapat diambil, ianya mampu mencegah kes jangkitan menular dengan lebih banyak

Rakyat New Zeland telahpun dinasihatkan supaya kekal tenang dan terus patuhi protokol kesihatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teguran Jinggo Buat Netizen Tentang Gambar & Video Allahyarham Siti Sarah

“Keadaan Sendiri Pun Tak Okey..” Ibu Positif Covid-19, Elyana Dilanda Kebimbangan