in

Karnival Jom Heboh 2010 Kuala Lumpur

Karnival Jom Heboh edisi 2010 bakal melabuhkan tirainya di lokasi kesepuluhnya, Kuala Lumpur pada 11 Disember 2010 dan 12 Disember 2010.

Jom Heboh merupakan satu landasan untuk berinteraksi dengan penonton setianya dengan cara lebih dekat dan terbuka sambil untuk turut serta dalam permainan-permainan dan pertandingan yang dianjurkan di setiap gerai. Ianya juga menemukan peminat-peminat serta orang ramai dengan personaliti-personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair seperti Ryzal Jaafar, Nur Fathia, Zarina Zainoordin, Ungku Ismail, Intan Ladyana, Wan Sharmila, Fizo Omar, Mia Sara Nasuha, Amyza Adnan, Kenchana Dewi dan ramai lagi.

Memasuki tahun ke 8 penganjurannya, ianya telah berkembang dari sebuah konsep tapak ekspo/pameran dan gelanggang hiburan kini ianya diadakan dengan lebih fokus, praktikal dan mesra rakyat menjadikannya sejajar dengan matlamat kerajaan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Jom Heboh menitik beratkan konsep kekeluargaan, ilmiah, antarabangsa dan 1Malaysia.

Antara program menarik sempena dengan penganjuran Karnival Jom Heboh 2010:

Acara : Lawatan Amal Jom Heboh bersama Personaliti TV3
Hari/Tarikh : Jumaat, 10 Disember 2010
Waktu : 3.00 petang (acara bermula 3.15petang)
Tempat : Rumah Tahfiz, Batu 16, Hulu Langat, Cheras.

Acara : Rakaman Soopa Doopa edisi khas Selebriti VS Media (penyertaan terbuka kepada wakil media)
Hari/Tarikh : Sabtu, 11 Disember 2010
Waktu : 5.00petang
Tempat : Gelanggang Soopa Doopa, Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Acara : Lawatan Menteri Jabatan Perdana Menteri
YB Datuk Ahmad Maslan ke tapak Jom Heboh
Hari/Tarikh : Ahad, 12 November 2010
Waktu : 3.00petang
Tempat : Bilik Urus Setia, Tapak Jom Heboh Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Raikan Program MyTV3 di Gerai MyTV3
Hari/Tarikh : Ahad, 12 Disember 2010
Waktu : 6.00petang
Tempat : Gerai MyTV3, Tapak Jom Heboh Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Selebriti : Aidid Marcello, Fizo Omar, Mia Sara Nasuha, Amyza Adnan, Kenchana Dewi, Shajiry.

Acara : Konsert Jom Heboh 2010 Kuala Lumpur (siaran langsung)
Hari/Tarikh : Ahad, 12 Disember 2010
Waktu : 9.00malam
Tempat : Pentas Utama, Tapak Jom Heboh Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Artis: M.Nasir, Spider, Yuna, Tomok, Ana Raffali, Rahim Maarof, Alyah & Black

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Menarik di TV9 Sempena Awal Muharram

8TV Receives 4 Nominations The Asian Television Awards