in

Karnival Gempak Bah

Karnival Gempak Bah Meriahkan Dewan Masyarakat Tawau, Sabah

Karnival Gempak Bah… telah berlangsung dengan jayanya atas usahasama Radio Malaysia TawauFM dengan Unit Majalah Dan Dokumentari (UMD), Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 dan 7 April lalu bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan hari pertama penganjuran karnival ini dan Majlis Perasmian Karnival Gempak Bah…UMD-TawauFM telah dilancarkan oleh YBrs. Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik).

PENGACARA PANORAMA BERSAMA PENGACARA CHIKI BOOM!

Seterusnya persembahan daripada suku kaum Tidung dengan tarian piring dan senamrobik yang telah disertai oleh 100 peserta Rakan Muda dan masyarakat Tawau.

Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus kemudian melawat tapak pameran dan beramah mesra bersama krew penerbitan dan pengacara Panorama & Chiki Boom!

Karnival yang diadakan dua hari berturut-turut ini sarat dengan pengisian pameran program popular di kalangan kanak-kanak iaitu Chiki Boom yang turut dimeriahkan dengan kemunculan lima pengacaranya di lokasi tapak karnival mendekati peminat mereka. Manakala pameran program Panorama pula melibatkan pengisian di sebalik tabir penggambaran tentang budaya dan cara hidup suku kaum Tidung di Tawau, Sabah.

Istimewa khusus untuk kanak-kanak di Tawau; semua acara sukaneka telah menarik perhatian dan minat mereka mengambil bahagian antaranya acara tiup belon, menyanyi dan menari lagu tema Chiki Boom!, pertandingan melukis dan mewarna, kerusi berirama dan pakaian beragam ala millenium. Di tapak pameran Panorama pula telah diadakan ujibakat bagi pancarian pengacara baru rancangan tersebut dan acara-acara menarik seperti tiru aksi artis menari.

Keesokkan harinya karnival dimeriahkan dengan aktiviti kuiz yang menguji pengetahuan am mengenai RTM, program kanak-kanak Chiki Boom!, program Panorama, Radio Malaysia TawauFM. Juga turut berlangsung Pertandingan Akhir Bakat Bintang Cilik (BBC) yang dipancarkan secara langsung oleh Radio Malaysia TawauFM. Manakala sebelah malamnya pula pengunjung menyaksikan Pertandingan Akhir Realiti Pilihan Tawau juga telah dipancarkan secara Langsung melalui Radio Malaysia TawauFM.

Adik-adik Chiki Boom! bergambar kenangan bersama pegawai RTM. Dari kiri Farah Syahnaz Hj.Ruslan (Penerbit Chiki Boom!), Norliza Ali (Timbalan Pengarah Seksyen Produksi), Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) dan Aris Arapa (Pengurus Radio Malaysia TawauFM).

TEMUBUAL EKSKLUSIF

Adik-adik Chiki Boom! bergambar kenangan bersama pegawai RTM

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Bersiri Tok Ayah

Shahrul Diusung Keluar Dari Super Spontan