in , ,

Kalau Dedah Gambar, Video Tak Senonoh, Siapa Lebih Teruk Nusyuz? – Puteri Sarah

Isteri pertama pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, iaitu Puteri Sarah Liyana, 38 mempersoalkan suaminya yang mendakwa mengubah perjanjian asal berhubung perceraian seperti sudah dipersetujui sebelum ini.

Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram (IG), hari ini, mendakwa dia mempunyai asbab yang lebih kukuh untuk memfailkan nusyuz terhadap suaminya.

“Suruh tarik nusyuz? ‘Hello bro’, kalau saya failkan nusyuz terhadap awak tunjuk video tak senonoh awak dengan Ira, gambar tak senonoh masa sebelum awak berkahwin rasanya nusyuz awak lagi teruk.

“Dengan Ira mengaku kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) persetubuhan luar nikah siapa yang nusyuz? Juga mutaah dan nafkah tertunggak RM500,000, saya minta bayar setiap RM100,000 setahun, itu awak mampu rasanya?,” dakwa Puteri Sarah menerusi hantaran berkenaan.

Menerusi hantaran lain, Puteri Sarah memaklumkan, dia ada berbincang dengan ibu mentuanya mengenai jumlah nafkah tertunggak dan mutaah yang dianggap berpatutan.

Puteri Sarah mendakwa, dia tidak menuntut sebarang harta sepencarian.

“Saya bincang dengan ibu awak, RM500,000 mutaah dan nafkah tertunggak itu munasabah rasanya. Harta sepencarian satu sen pun saya tak tuntut.

“Boleh sahaja jual Lambo (Lamborghini) yang awak banggakan untuk bayar nafkah. Kereta banyak-banyak buat apa? Juallah buat bayar nafkah,” katanya.

Berikutan itu, Puteri Sarah berkata, dia hanya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan keputusan sebenar.

“Juga, tak payah tarik nusyuz. Biar mahkamah yang tentukan siapa yang nusyuz. Saya suka. Untuk pengetahuan, nafkah yang awak bagi itu cukup-cukup makan.

“Nafkah isteri tiada bertahun. Jadi janganlah gembira sangat. Takpe kita lawan di mahkamah,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYAMSUL YUSOF

“Kalau Nak Bersama Isteri Kedua Pergilah, Jangan Kurangkan Nafkah Anak” 

Mierul Aiman

Isu Body Shaming, Mierul Aiman Tampil Pertahankan Qasrina Karim di Twitter?