in

Jualan Amal MYSF4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin

Jualan Amal #MYSF4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin

[dropcap]J[/dropcap]ualan Amal #MYSF4Gaza Untuk Aman Palestin diadakan untuk mengumpul dana bagi menyokong pihak Aman Palestin yang akan berlepas ke Gaza pada 5 Disember 2012 ini untuk misi solidariti kemanusiaan di Palestin yang sedang bergolak akibat tindakan agresif rejim Zionis Israel.

Program ini telah diilhamkan oleh pihak penganjuran Festival Sukan Malaysia 2013 (MYSportsFest 2013), satu karnival sukan yang bakal berlangsung pada awal tahun depan di dalam ruang legar tertutup (indoor courtyard) terbesar di Malaysia iaitu kompleks Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Jualan Amal #Mysf4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin
Dengan kerjasama syarikat Lensa Creative, pihak pengurusan kompleks Space U8, syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan Rumpun Records, program Jualan Amal #MYSF4Gaza Untuk Aman Palestin ini diadakan pada 2 Disember 2013 (Ahad) jam 11 pagi hingga 5 petang di dalam kompleks Space U8.

[pullquote align=”right”]Tujuan utama program ini adalah untuk mengumpul dana bagi menyokong misi solidariti tersebut.[/pullquote]

Tanpa mengira perbezaan ideologi, kepercayaan atau kefahaman politik, jutaan rakyat Malaysia mengecam tindakan kejam Rejim Zionis Israel dan telah bersatu untuk menyampaikan bantuan melalui pelbagai saluran.

Oleh itu, pihak penganjur menjemput setiap lapisan masyarakat terutama personaliti sukan dan selebriti tanahair untuk memberikan pelbagai bentuk sumbangan seperti barangan peribadi yang akan dijual atau lelongkan, wang tunai dan lain-lain yang akan disalurkan terus kepada Tabung Aman Palestin.

Beberapa personaliti sukan dan selebriti serta orang-orang kenamaan telah bersetuju untuk turut serta di dalam menjayakan program amal ini yang mana kehadiran mereka dapat memeriahkan lagi suasana. Pelbagai akitiviti telah dirangka sewaktu program ini berlangsung seperti jualan amal dan persembahan lagu-lagu kemanusiaan oleh artis-artis jemputan.

Menurut Encik Nazree Nassir selaku Pengerusi Festival Sukan Malaysia 2013 (MYSportsFest 2013) dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Lensa Creative

“Ini adalah salah satu platform bagi semua pihak termasuk personaliti, selebriti dan ahli sukan untuk bersama-sama orang ramai di dalam membantu dan menyumbang kepada Tabung Aman Palestin. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat di atas kesudian mereka untuk turut serta dan menyumbang di dalam program ini.”

“Dengan menggunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook, program Jualan Amal #MYSF4Gaza Untuk Aman Palestin ini juga telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk daripada mereka yang berada di luar negara. Hashtag #MYSF4Gaza di dalam laman sosial Twitter juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Space U8, YM Raja Nizam Raja Razali berkata,

“Bagi pihak Space U8, kami amat berbangga kerana dapat menjadi tuan rumah dan bersama-sama menjayakan satu program murni seperti Jualan Amal #MYSF4Gaza Untuk Aman Palestin di sini yang berteraskan kepada nilai-nilai kemanusiaan untuk membantu mereka yang amat memerlukan di bumi Palestin.”

Mujahid Abd Wahab, CEO Rumpun Records dan anak syarikat Universal Music Malaysia bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kasih sayangnya, umat Islam dan rakyat Malaysia kini tidak henti- henti menunjukan komitmen dan kesungguhan untuk memperkasa saudara-saudara mereka di Palestin.

[dropcap]M[/dropcap]isi Jualan Amal #MYSF4Gaza Untuk Aman Palestin besama Rumpun Records ini adalah bukti kesungguhan para penggerak MYSportsFest, Space U8, Lensa Creative dan Universal Music atau Rumpun Records dalam merealisasikan misi bantuan yang memberi manfaat berterusan.

[pullquote]Help Us Create A Better Life For Palestinians Today[/pullquote]

Bantuan yang bukan sahaja memenuhi keperluan asas terutamanya makanan ruji bahkan ia juga mempunyai kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan mengembangkan sektor perkhidmatan untuk pembangunan jangka panjang sebuah negara Palestin yang bakal merdeka.

Rumpun Records juga ingin mengucapkan terima kasih kepada selebriti dan personaliti di atas kesudian mereka untuk hadir beramal untuk tujuan murni ini bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah.

HELP US CREATE A BETTER LIFE FOR PALESTINIANS TODAY…

Jualan Amal #Mysf4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin

Jualan Amal #Mysf4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin

Jualan Amal #Mysf4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin

Jualan Amal #Mysf4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin

Jualan Amal #Mysf4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelanggan NJOI Kini Boleh Menikmati Dua Saluran TV3 & TV9

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM