in , ,

Pelanggan NJOI Kini Boleh Menikmati Dua Saluran TV3 & TV9

PELANGGAN NJOI KINI BOLEH MENIKMATI DUA SALURAN TAMBAHAN BARU, TV3 DAN TV9

[dropcap]B[/dropcap]ermula dari 1 Disember, para pelanggan NJOI akan dapat menikmati dua saluran tambahan baru, saluran TV3 dan TV9 melalui perkhidmatan NJOI, perkhidmatan televisyen satelit tanpa langganan yang pertama di Malaysia.

Dengan penambahan saluran TV3 dan TV9, para pelanggan NJOI kini mempunyai akses kepada 39 saluran yang terdiri daripada 19 saluran TV dan 20 saluran radio.

Prabayar Njoi Is Now Available In 3 Prepaid Packages
Shaiful Zahrin Subhan, Naib Presiden Segmen Perniagaan NJOI berkata,

“Perkhidmatan NJOI memberikan para pelanggan di Malaysia akses kepada pelbagai kandungan termasuk infomasi, hiburan serta pembelajaran sepanjang hayat. Sempena cuti sekolah, NJOI menawarkan saluran-saluran pendidikan seperti Astro Tutor TV UPSR (saluran 601), Astro Tutor TV PMR (saluran 602) dan Astro Tutor TV SPM (saluran 603) untuk membantu murid-murid belajar secara menyeronokkan dan memberi petua-petua pembelajaran yang berguna. Pelanggan NJOI juga boleh menikmati rancangan-rancangan tempatan yang terbaik melalui saluran Astro Prima (saluran 105) dan saluran Astro AEC (saluran 301), serta menerima berita terkini melalui saluran berita 24-jam yang pertama di Malaysia, saluran Astro Awani (saluran 501). “

Selain daripada 39 saluran yang sedia ada, pelanggan NJOI boleh mendapat akses kepada lebih banyak saluran premium melalui Prabayar NJOI, perkhidmatan prabayar satelit televisyen yang pertama di Malaysia. Perkhidmatan Prabayar NJOI menawarkan tiga Pakej Prabayar termasuk Mustika (Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella), Indo Pek (Bintang dan Pelangi) dan ‘Chinese Movies & Dramas’ (Filem Celestial, TVB Xing He, Astro Shuang Xing) kepada semua pelanggan NJOI.

[pullquote align=”right”]Setiap Pakej Prabayar NJOI disediakan melalui baucar prabayar bernilai RM20 dan sah digunakan untuk menonton saluran-saluran premium melalui pakej pilihan mereka selama 15 hari, setelah diaktifkan.[/pullquote]

Perkhidmatan NJOI terdiri daripada 1 unit dekoder NJOI, 1 unit piring satelit luar rumah, 1 kad pintar dan 1 unit alat kawalan jauh. Sebagai promosi berterusan NJOI, pelanggan baru boleh membeli perkhidmatan NJOI melalui pembayaran sekali dari harga RM280 (termasuk caj pemasangan) dan menerima akses secara percuma selama sebulan kepada Pakej Prabayar NJOI tertentu, ini termasuk sama ada pakej Mustika atau ‘Chinese Movies & Dramas’.

[dropcap]P[/dropcap]embelian perkhidmatan NJOI kini lebih mudah melalui perkhidmatan Skim Ansuran Mudah AEON-Xpress. Dengan perkhidmatan yang baru dilancarkan ini, pelanggan boleh membeli perkhidmatan NJOI di mana-mana pengedar sah NJOI dengan bayaran ansuran mudah yang kini ditawarkan.

Pada hari ini, lebih daripada 130,000 buah rumah di Malaysia menikmati perkhidmatan NJOI, perkhidmatan televisyen satelit tanpa langganan. Rakyat Malaysia kini boleh mendapat akses kepada saluran-saluran pendidikan, informasi dan hiburan berkualiti yang turut merangkumi program sukan dan muzik tanpa langganan bulanan atau ikatan kontrak.

Untuk maklumat lanjut atau untuk membeli perkhidmatan NJOI, sila lawati pengedar sah NJOI yang terdekat atau layari www.njoi.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celebrate Friendship with Samsung GALAXY Y Hello Kitty Limited Edition

Jualan Amal MYSF4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin