in , ,

Jalani Kuarantin di Rumah, Haziq Husni Hot FM Ikut SOP, Asingkan Diri dari Anak & Isteri

BIARPUN menjalani kuarantin di rumah, pengacara dan penyampai radio Hot FM, Haziq Husni tidak mengambil mudah soal Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menurut Haziq, selepas menjalani ujian saringan Covid-19 Ahad lalu, dia mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin di rumah. Bagaimanapun bagi mengikuti SOP, dia bertindak mengasingkan diri daripada isteri dan anak-anaknya.

Malah dalam beberapa posting yang di muat naik, Haziq berkongi video anaknya berusaha untuk membuka pintu bagi berjumpanya.

“Dari pagi asyik ‘daddy, daddy…’. Puas menahan diri. Maaf anak-anak, daddy kena kuarantinkan diri untuk 14 hari. Ini juga demi kebaikan korang. Nanti selepas 14 hari kita jumpa,” jelasnya menerusi Instagram miliknya.

Tambah Haziq, keputusan Covid-19 Ahad lalu juga sudah diperoleh dan disahkan negatif, namun dia perlu mengambil ujian kedua pada hari ke-10 atau ke-12 nanti.

Haziq dan Sherry menjadi kontak rapat selepas bintang serba boleh, Alif Satar disahkan positif Covid-19 Ahad lalu.

Dua hari sebelumnya, mereka bertiga bertemu di SFMM35.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengguna Saman Aplikasi Muslim Pro

Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung di Usia 60 Tahun