in , ,

Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung di Usia 60 Tahun

Ini satu perkhabaran duka, seorang legenda bola sepak dunia, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun di rumahnya di Buenos Aires pada hari Rabu, 25 November 2020.

Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami serangan jantung.

Maradona sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak pada awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez serta merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara Amerika Selatan tersebut.

Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 60 Tahun

Sebelum berita mengejutkan itu, media Argentina melaporkan Maradona mengalami masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi oleh doktor di rumahnya di utara Buenos Aires. 

Tidak lama sebelum pengumuman yang mengejutkan itu, media Argentina melaporkan kesihatan Maradona semakin merosot teruk dan dirawat oleh doktor di kediamannya di utara Buenos Aires.

Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 60 Tahun

“Terdapat empat ambulans di kediaman tersebut. Mereka juga telah memanggil ahli keluarga untuk datang. Nampaknya, ini sesuatu yang serius,”

– lapor saluran sukan TyC

Maradona kali pertama dirawat di hospital pada 3 November 2020 kerana mengalami dehidrasi, anemia, dan juga tekanan jiwa. 

Sebelum ini, Maradona pernah menjadi jurulatih Gimnasia La Plata, dilaporkan mengalami kesulitan berjalan pada akhir babak pertama dalam sebuah pertandingan.

Tiga hari setelah menyambut hari jadinya yang ke-60 pada 30 Oktober lalu, Maradona dimasukkan ke hospital kerana mengalami pembekuan dalam otak dan terus menjalani pembedahan. 

Peminat dan tokoh bola sepak dunia, termasuk Lionel Messi, mendoakan Maradona melalui media sosial setelah tersiarnya berita bahawa penjaring gol Tangan Tuhan di Piala Dunia 1986 itu dimasukkkan ke hospital.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez, dan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menaruh perhatian terhadap keadaam terkini Maradona.

Pada 11 November pukul 6 petang waktu tempatan, Maradona diizinkan keluar dari hospital dan dikhabarkan menjalani rawatan pemulihan di rumahnya di Buenos Aires.

Namun, media Argentina Clarin melaporkan khabar duka cita meninggalnya Maradona di hospital yang sama pada Rabu, 25 November. 

Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 60 Tahun

Beliau yang diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah, menjadi kapten ketika Argentina memenangi Piala Dunia 1986, dengan persembahan permainan yang luar biasa.

Beliau yang dinamakan antara legenda sepanjang zaman telah banyak membantu Argentina untuk menang sebagai juara. 

Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 60 Tahun

Beliau juga bermain untuk kelab Barcelona dan Napoli semasa zaman kegemilangannya selain memenangi dua gelaran Serie A bersama pasukan di Itali itu.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Persatuan Bola Sepak Argentina, menyifatkan pemergian Maradona menyebabkan kesedihan yang amat mendalam bagi persatuan itu dan peminat setianya.

“Ia kesedihan yang amat mendalam atas kematian legenda kami. Anda akan selalu di hati kami,”

– Persatuan Bola Sepak Argentina

Pemergian legenda bola sepak dunia ini pastinya diratapi oleh sekalian peminat dan yang pastinya Maradona akan terus dikenang sebagai legenda bola sepak sepanjang zaman. 

Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 60 Tahun
Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Usia 60 Tahun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haziq Husni Songkok | 23

Jalani Kuarantin di Rumah, Haziq Husni Hot FM Ikut SOP, Asingkan Diri dari Anak & Isteri

Cassidy | 24

Google Doodle Meraikan Legasi Saloma, Apakah Yang Menyebabkan Beliau Terkenal?