in

Pengguna Saman Aplikasi Muslim Pro

Pengguna aplikasi solat, Muslim Pro di Perancis memfailkan saman terhadap syarikat aplikasi terbabit hari ini kerana dituduh menjual data pengguna kepada tentera Amerika Syarikat (AS).

Tuntutan saman yang didedahkan oleh radio RTL itu menuduh syarikat terbabit melakukan kesalahan perlindungan data, mencabuli kepercayaan, membahayakan nyawa dan tindakan membabitkan konspirasi pembunuhan.

Minggu lalu, kumpulan media Vice melaporkan mengenai bagaimana tentera AS membeli data geolokasi pengguna daripada beberapa aplikasi di seluruh dunia.

Aplikasi itu termasuk Muslim Pro, yang memudahkan pengguna untuk mengetahui masa solat dan arah kiblat, yang mempunyai 95 juta pengguna di seluruh dunia.

Menurut Vice, syarikat aplikasi terbabit menjual data pengguna kepada sebuah firma yang dikenali sebagai X-Mode, yang kemudian dijual kepada pasukan tentera AS.

Pasukan khas tentera AS pula dilaporkan menggunakan kesemua data yang diperoleh itu dalam beberapa misi di luar negara.

Sehari selepas Vice mengeluarkan laporan terbabit, Muslim Pro memaklumkan pihaknya sudah menamatkan semua perkongsian data dengan sejumlah syarikat lain.

Muslim Pro Nafi Penjualan Data, Namun Akui Hubungan Urusniaga Bersama X-Mode

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Kalau Rasa Diri Jahat, Sila Guna Gelaran ‘Buaya’,” – Caprice Ulas Isu Da’i Syed

Jalani Kuarantin di Rumah, Haziq Husni Hot FM Ikut SOP, Asingkan Diri dari Anak & Isteri