in , , ,

LoveLove CuteCute SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Jadual Tour Konsert BTS 2020 Map Of The Soul Tour Di Beberapa Negara Didedahkan

BTS kini sedang bersiap sedia untuk buat comeback mereka. Mereka disahkan kembali dengan melancarkan album baru berjudul “Map of the Soul: 7” pada 21 Februari akan datang. Namun apa yang lebih menarik, peminat BTS pada hari ini dikejutkan apabila mereka melancarkan jadual lengkap untuk tour konsert mereka bertajuk “Map Of The Soul Tour”.

BTS

Melalui akaun Twitter rasmi agensi itu, BTS telah memaparkan tarikh, bandar dan lokasi untuk tour konsert di seluruh dunia untuk tahun 2020. Seperti biasa, siri tour akan bermula di tempat kelahiran kumpulan ini iaitu, Seoul. Konsert di Seoul akan bermula pada 11-12 April dan 18-19 April di Stadium Olimpik.

Selepas membuka konsert di Seoul, BTS meneruskan tour di beberapa negara seperti Santa Clara pada 25-26 April, Los Angeles pada 2-3 Mei, Dallas pada 9-10 Mei. BTS juga akan mengadakan konsert di beberapa negara di Asia seperti Jepun.

Konsert mereka di Jepun akan dilakukan pada 28-29 Jun di Fukuoka sehingga 1-2 September di Tokyo. Menariknya, pada 13-14 Jun, BTS nampaknya merancang sesuatu yang misteri, kerana tarikh itu hanya ditandakan dengan “?” setakat ini.

BTS akan melancarkan album baru mereka “Map Of The Soul: 7” pada 21 Februari. Tetapi MV rasmi untuk lagu utama mereka akan dikeluarkan pada 28 Februari.

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Netflix Launches Special Lunar New Year (LNY) Collection

Berita Pengarah Muzik Faizal Uzir (Lok-U) Meninggal Dunia