in ,

Berita Pengarah Muzik Faizal Uzir (Lok-U) Meninggal Dunia

Pengarah muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih dikenali dengan panggilan Lok-U, berusia 47 tahun dilaporkan telah meninggal dunia sekitar jam 10 pagi Rabu.

Allahyarham Lok-U difahamkan sesak nafas di rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan sebaik pulang dari berjogging.

Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula ke kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham Lok-U meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Sehingga jam 11.45 pagi tadi, berita pemergian Allahyarham Lok-U yang sangat mengejut mula dikongsi oleh penggiat muzik tanah air. Berita mengejutkan dunia hiburan itu turut juga dikongsi oleh peminat, artis, selebriti dan penyanyi pada hari ini yang menyifatkan kehilangan Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.e

Lok-U merupakan antara pemuzik profesional yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti dan persembahan secara langsung dan sering dilihat menjadi juri dalam pertandingan pelbagai stesen televisyen. Lok-U juga sering dijemput menjadi juri pelbagai pertandingan nyanyian, termasuk Anugerah Juara Lagu.

Kami di Budiey Channel mengucapkan salam takziah buat keluarga dan sahabat Allahyarham. Semoga ruh arwah Faizal Uzir ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jadual Tour Konsert BTS 2020 Map Of The Soul Tour Di Beberapa Negara Didedahkan

Celcom Terokai Teknologi 5G Dalam Memajukan Masyarakat