in

Yang Istimewa Ada di Konsert 5 Divo

Deskripsi di atas memberikan gambaran tentang konsert dengan judul 5 Divo yang akan memberikan sesuatu yang di luar norma dan kebiasaan. Pihak Laugh Out Loud Entertainment selaku penganjur mahu memberikan sesuatu yang berlainan dari yang pernah khalayak saksikan sebelum ini. Sesuatu yang akan meninggalkan momen indah buat semua dengan buaian suara enak penyanyi dari tiga negara.

Pada hari ini, dapat tugasan jadi blogger untuk mempromosikan Konsert 5 Divo yang akan diadakan pada 13 Februari 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam jam 8.30 malam bakal menghimpunkan lima orang penyanyi lelaki hebat dari tiga buah negara iaitu Singapura,

“Musical genius. Vocal mastery. Class. Luxury. Unforgettable.”

“Pihak Laugh Out Loud Entertainment berhasrat mengadakan konsert yang mengabungkan penyanyi-penyanyi tiga negara sebagai tanda harmoni serantau. Muzik merupakan elemen yang menyatukan hati, jiwa dan antusias semua. Pemilihan nama-nama penyanyi ini ialah berdasarkan kualiti kerjaya, karisma dan kemampuan menyanyi secara live. Tambahan lagi, penyanyi- penyanyi masa kini ini mampu menyanyi dengan diiringi orkestra,” ujar Dafi yang merupakan Pengarah Urusan Laugh Out Loud Entertainment.

“Hazama, Hafiz, Judika, Afgan dan Taufik merupakan penyanyi masa kini yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan para peminat mereka. Tambahan pula, lagu-lagu mereka menjadi siulan ramai. Dato’ Ramli MS juga merupakan ikon Pengarah Muzik yang sentiasa relevan buat industri muzik,” tambahnya lagi.

Bukan itu sahaja, konsert yang bakal dipimpin oleh Dato’ Ramli MS yang akan diiringi orkestranya akan membuatkan konsert penuh cinta ini kaya dengan susunan muzik dan disokong dengan system cahaya, visual dan bunyi yang gah.

Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, konsert yang dianjurkan dengan sokongan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia ini akan bermula pada pukul 8.30 malam . 5 Divo juga mendapat kerjasama dari pihak Era FM selaku radio rasmi, Budiey.com sebagai blogger rasmi, H Live (program tv rasmi) dan Ticket Pro (www.ticketpro.com.my) selaku tiket rasmi. Pihak Lol Entertainment dengan bangganya mengumumkan pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia selaku penaja utama serta Mastercard selaku kad kredit rasmi. Turut menjadi penaja konsert istimewa ini ialah Flexis Printing Shah Alam (percetakan rasmi), Dtandoor (makanan rasmi), Malaysia Airlines (penerbangan rasmi) dan Miracle Maria (pengangkutan rasmi).

Selain itu juga, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dengan berbesar hatinya menjadi penaja busana rasmi buat konsert yang akan didendangkan oleh 5 penyanyi terkenal yang sentiasa tampil segar dengan imej mereka. Manakala lokasi untuk sidang akhbar pertama ditaja oleh pihak The Kopisyop dan Restoran Qureshi sebagai lokasi sidang akhbar kedua.

Penyanyi : Hafiz, Hazama, Afgan, Judika, Taufik Batisah
Tarikh : 13 FEBRUARI 2016
Lokasi : Stadium Malawati, Shah Alam
Waktu : 8.30 malam

PENGARAH MUZIK : Dato’ Ramli MS (orkestra)

Tiket-tiket untuk Konsert 5 Divo ini boleh didapati di www.ticketpro.com.my bermula 28 Disember 2015. Selain itu pembelian tiket juga boleh didapatkan di rangkaian Rock Corner dan melalui talian HOTLINE +6017 6828038

Harga-harga tiket ialah seperti berikut:
Meet & greet/ VIP : RM 1188
(poster bertandatangan & T Shirt eksklusif)
Diamond : RM 988
Platinum : RM 888
Gold : RM 588
Silver : RM 388
Bronze : RM 188
Normal : RM 128

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Iklan YouTube Paling Popular di Malaysia Tahun 2015

Instagram Digodam, Arja Lee Gagal Padam Video Berseluar Dalam