in , ,

Ibu Bapa Penyanyi Shila Amzah, ND Lala & Mamazie Sah Bercerai Pada 2 Ogos

Kemelut rumah tangga ibu bapa kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu ND Lala dan Datin Fauziah akhirnya berakhir apabila mereka telah sah bercerai.

Teka-teki mengenai pergolakan dan keretakan perkahwinan ibu bapa penyanyi Shila Amzah telah diberikan penjelasan apabila hari ini Datin Fauziah Sarman mengesahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi terkenal pada era 1980-an, iaitu Datuk ND Lala.

Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram (IG), Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, semalam. 

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah, saya ingin memaklumkan yang saya menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp dikirimkan pada pagi 8 Ogos (semalam).

“Untuk perkahwinan terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam melalui pesanan WhatsApp,” tulisnya.

Ibu Bapa Penyanyi Shila Amzah, ND Lala & Fauziah Sah Bercerai Pada 2 Ogos

Dalam hantaran sama, Fauziah atau lebih mesra disapa Mama Zie mengaku, dia reda dengan takdir yang sudah tertulis.

“Alhamdulillah, Allah memberikan saya kekuatan sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana yakin doa saya dan insan yang sentiasa ada di belakang selama bertahun-tahun adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan lebih baik, tenang dan sempurna,” luahnya.

Fauziah menjelaskan, pendedahan dibuat bertujuan untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada kemudian hari. 

Sehubungan itu, Fauziah turut mengharapkan semua pihak dapat mendoakannya kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.

“Saya menulis untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang tertulis dalam perkahwinan selama 34 tahun ini. 

“Apa yang dilalui, saya redakan dan insya-Allah, saya yakin aturan Allah adalah terbaik buat saya. Doakan saya terus kuat sebagaimana kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

“Apa yang menjadi sejarah akan dititipkan sebagai nadi kekuatan dalam membina hidup lebih diredai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa. Ini kerana saya sedar, dosa sesama manusia sangatlah berat.

“Terima kasih untuk doa dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata, hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik serta kasih sayang kalian semua,” coretnya mengiringi foto tangkap layar mesej yang dihantar ND Lala, 

Terdahulu, pada majlis pernikahan Shila, baru-baru ini, penyanyi lagu Diari YB ini tidak muncul pada sesi fotografi bersama keluarga dan dilihat tergesa-gesa meninggalkan majlis dan enggan ditemubual.

Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Fauziah mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ sambil mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 62, yang juga madunya.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi ND Lala bernikah seorang lagi.

Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Mereka pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi itu.

Pada 3 April lalu. Fauziah juga pernah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan perceraian terhadap ND Lala, namun dinafikan adik Shila iaitu Syada Amzah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1989 dan menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kehebatan Muzik Bertaraf Antarabangsa David Foster Gegarkan Mega Star Arena

UNIC & Aniq Muhai Bergabung Papar Perspektif Berbeza Perjuangan Palestin