in , ,

UNIC & Aniq Muhai Bergabung Papar Perspektif Berbeza Perjuangan Palestin

Dengan penampilan istimewa oleh pelakon lelaki popular, Luqman Hafidz!

Sering dihidangkan sisi perspektif pejuang di dalam lagu-lagu bertema perjuangan, kumpulan UNIC dan Aniq Muhai tampil dengan naratif berbeza apabila gabungan itu melancarkan single terbaharu mereka berjudul Sirih Pulang Ke Gagang. 

Menurut Fakhrul, single terbaharu mereka itu memperlihatkan dilema seorang ayah dan pejuang yang perlu berhadapan pilihan yang sukar.

UNIC & Aniq Muhai Papar Perspektif Berbeza Perjuangan Palestin

“Lagu Sirih Pulang Ke Gagang membawakan naratif seorang ayah yang juga seorang pejuang. Tatkala memilih untuk keluar berjuang, dia sedar yang dirinya perlu berhadapan dengan pilihan sama ada memilih untuk meneruskan perjuangan lalu hidup bermaruah di atas tanah air sendiri atau mati syahid di jalan Allah. Keduanya pilihan yang amat berat dan sukar untuk dihadapi.

“Mesejnya agak berat, jadi kami cuba bawakan mesej ini dalam bentuk ungkapan kasih sayang seorang suami kepada isteri yang ditinggalkan.

“Sangat sesuai kalau kita kaitkan dengan para pejuang serta aktivis kemanusiaan yang berjuang di Palestin, Syria dan negara-negara islam lain yang bergolak. 

Tambah Aniq Muhai pula, Sirih Pulang Ke Gagang ada keunikan yang tersendiri apabila mereka juga menerokai kisah menyayat hati pengorbanan insan tersayang yang ditinggalkan. 

“Selalunya dalam lagu perjuangan kita banyak bercerita tentang pengorbanan pejuang itu sendiri. Tapi kita sebenarnya lupa bahawa insan-insan yang ditinggalkan itu juga sedang berjuang jiwa dan raga mereka setiap hari.

“Walau pun saya sendiri belum berkahwin, boleh bayangkan betapa beratnya merelakan pasangan berlepas ke medan perjuangan. Kemungkinan itulah saat-saat terakhir yang mereka miliki bersama.

Lagu ciptaan Akmal Mustafa dan Aniq Muhai ini turut membawakan penampilan istimewa oleh pelakon lelaki popular, Luqman Hafidz.

Menurut Luqman, pembabitan beliau di dalam music video Sirih Pulang Ke Gagang terbitan Tarbiah Sentap Records merupakan peluang yang tidak dapat dilepaskan.

“Dari dulu saya membesar dengan lagu-lagu UNIC. Bila diberi peluang untuk bersama mereka dalam music video, ianya satu penghormatan dan peluang yang tak dapat saya lepaskan.

Tambah beliau, lagu tersebut turut menyentuh tentang anak-anak, membuatkan dirinya mudah tersentuh.

“Kalau bercerita tentang anak ni hati saya mudah tersentuh. Bila pengarah music video bagitahu lagu ni ada kaitan dengan anak-anak, saya terus bersetuju.

Sirih Pulang Ke Gagang merupakan karya kedua Aniq Muhai berkerjasama dengan kumpulan UNIC. Sebelumnya gandingan ini pernah bersama menerusi lagu Lafaz Yang Tersimpan dua tahun yang lalu. 

Single terbitan Tarbiah Sentap Records dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia itu kini boleh ditonton di YouTube Tarbiah Sentap dan sedia untuk dimainkan di semua platform digital.

LINK MUSIC VIDEO: https://youtu.be/UszAVWSTSaw

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ND LALA

Ibu Bapa Penyanyi Shila Amzah, ND Lala & Mamazie Sah Bercerai Pada 2 Ogos

AURAWHITE

Aurawhite Lancar Produk Dazzle Glopeptide, Menangi Pakej Percutian Ke Korea