in ,

Pengalaman Bermalam di Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Kata siapa yang terbaik itu sering terlalu mahal harganya? Zaman sekarang banyak barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan mampu diperolehi oleh ramai orang kerana tawaran harga yang sangat berpatutan. Selain penerbangan tambang murah kita juga kini mempunyai banyak pilihan lain seperti hotel bersewa rendah dan sebagainya.

Dan salah satu jenama hotel yang terkenal di negara jiran kita Singapura, iaitu kumpulan hotel Holiday Inn turut menawarkan sewa berharga istimewa yang dimaksudkan. Di Singapura Holiday Inn Express di Orchard Road menawarkan perkhidmatan dan bilik-bilik yang sangat moden pada harga yang sangat berpatutan.

Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Mudahnya Bermalam di Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

[dropcap]T[/dropcap]erletak di kawasan pusat Singapura berdekatan pusat membeli-belah gaya hidup seperti Takashimaya dan ION Orchard dan hanya beberapa minit sahaja dari stesen MRT Somerset, hotel ini dibina untuk memenuhi pasaran pelancong yang semakin ramai di Singapura selain daripada tetamu yang datang bagi tujuan perniagaan luar negara.

Ia menampilkan 221 buah bilik moden, gimnasium, dan juga sebuah bilik dobi untuk mencuci pakaian. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan internet wi-fi percuma serta televisyen berlayar leper LCD. Lebih menakjubkan juga adalah pemandangan pusat kota Singapura yang dapat dinikmati dari bilik-biliknya kerana hotel ini berada tinggi di atas kawasan Orchard Road.

Di samping itu, hotel ini juga mempunyai restoran The Great Room yang terletak di tingkat bawah hotel dan merupakan tempat sarapan bagi para tamu hotel.




[pullquote align=”right”]Hotel ini juga prihatin akan kehendak penggunanya, jadi tersedia banyak makanan berasaskan sayuran dan makanan laut sebagai menghormati tamu yang mempunyai permintaan tertentu soal makanan.[/pullquote]

Selain daripada itu, terdapat beberapa buah bilik mesyuarat untuk mengadakan perjumpaan dan seumpamanya. Jadi selesai waktu makan atau mesyuarat, para pengunjung dengan mudah dapat melihat suasana di Orchard Road dan pergi membeli-belah. Ini juga menyenangkan para tamu hotel untuk bergerak dari tempat ke tempat kerana stesen MRT juga sangat hampir dengan bangunan hotel dan mudah untuk ditujui.

Oleh itu, hotel ini sangat sesuai buat anda yang mahukan hotel berkualiti tetapi menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kemudahan serta lokasinya. Bukan sahaja bilik-biliknya cantik dilihat tetapi juga sangat selesa untuk didiami.

Jadi pastikan Holiday Inn Express di Orchard Road menjadi pilihan anda sekiranya berkunjung ke Singapura! Untuk maklumat lanjut layari www.hiexpress.com/Singapore

Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura

Mudahnya Bermalam di Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meet & Greet Bersama Anuar Zain di Mydin USJ Meriah

Niezal Juara Program Da’i Pendakwah Nusantara