in ,

Meet & Greet Bersama Anuar Zain di Mydin USJ Meriah

Pada jam 3 petang ini, Budiey berkesempatan untuk menghadiri acara pertemuan Anuar Zain bersama dengan peminat yang berlangsung di Mydin USJ. Dikatakan ramai sekali peminat setia pelantun lagu ANDAINYA TAKDIR yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah berhimpun di Mydin USJ.

Budiey jangkakan semalam, lebih kurang 500 orang peminat hadir. Ada yang datang dari Singapura dan juga Johor semata-mata untuk bertemu dengan Anuar Zain.

Anuar Zain telah menghiburkan para peminat dengan tiga buah lagu antaranya Cinta Takkan Berakhir dan Andainya Takdir. Walaupun badan Anuar Zain tak berapa sihat sebab demam dan batuk, namun beliau nampak begitu ceria dan seronok bersama peminat.

Budiey sempat menemubual beberapa orang peminat yang datang dan akan disiarkan di saluran Youtube Budiey.com.

Anuar zain

Demam Anuar Zain

[dropcap]W[/dropcap]alaupun badan tidak sihat demam teruk dan batuk-batuk, Anuar Zain masih mampu mendendangkan lagunya dengan baik. Sebanyak 3 buah lagu dipersembahkan secara live. Menariknya, apabila Anuar Zain memangku seorang budak lelaki yang berjaya menyanyikan lagu ANDAINYA TAKDIR dengan baik.

Komen Anuar Zain, jika ada budak lelaki dapat menyanyikan lagu dengan baik itu bermakna lagu tersebut dapat diterima oleh ramai peminat.

Anuar Zain berterima kasih kepada Mydin yang mana memberi beliau peluang dan lokasi untuk bertemu dengan peminat. Anuar Zain berharap agar beliau dapat bertemu dengan semua peminat dan pembeli album

Lebih kurang 8000 telah pun dijual melalui Lazada sebanyak 1,000 dan akan dicetak semula. Anuar Zain mengatakan ini adalah satu rekod yang baik kerana dalam masa sekarang ini dalam masa 9 hari, beliau merasakan agak sukar untuk mencapai bilangan penjualan tersebut.

Anuar Zain juga menganggap album ini adalah album yang sangat rumit dihasilkan dan beliau mahu memberikan yang terbaik dan mahu berjumpa dengan peminatnya. Jadi, ini adalah masanya.




Anuar Zain juga turut memberitahu media tentang keadaan kesihatan beliau yang agak kurang sihat, Ini kemungkinan besar disebabkan jadualnya yang terlalu ketat menjalani rangka promosi di kaca TV dan media.

Bermula jam 10.00 pagi lagi kaunter menjual CD Anuar Zain telah dibuka di ruang legar Mydin oleh pihak Mydin. Bagi yang masih belum mendapatkan Album Anuar Zain, peminat ramai ke kaunter Mydin.

Bermula pada jam 2.00 petang pihak Wonderglow, Hot FM dan Kool FM akan memberi hadiah-hadiah percuma pada mereka yang bertuah dalam acara yang akan diadakan di pentas utama Mydin.

Persembahan Anuar Zain dan sessi autograph akan dimulakan sejurus selepas itu.

Para media yang hadir terpaksa menunggu selesainya Meet & Greet untuk menemubual Anuar Zain.

Pada 30 Oktober ini, satu lagi Meet & Greet akan berlangsung di Mydin Bukit Mertajam.

Anuar Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Temubual Bersama Johan Tempat Pertama SUPER SPONTAN SUPERSTAR

Pengalaman Bermalam di Holiday Inn Express Orchard Road di Singapura