in ,

LoveLove

La Siesta Premium Hang Be Hotel Penuh Gaya di Hanoi

Vietnam semakin lama semakin terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Asia buat mereka yang mencari percutian di tengah kota yang kaya dengan senibina peninggalan sejarah lama.

Biarpun ramai warga Asia yang lebih kenal akan bandaraya lainnya iaitu Ho Chi Minh namun Hanoi masih menjadi salah satu kota pilihan pelancong di Vietnam.Terletak di utara Vietnam, Hanoi juga merupakan sebuah bandaraya yang tidak kurang hebatnya dari bandaraya-bandaraya Asia Tenggara lain. Suasananya yang lebih santai daripada Bangkok dan Jakarta menjadikannya satu destinasi yang sangat disenangi.

La Siesta Premium Hang Be Hotel

Terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah serta banyak tempat-tempat menarik, Hanoi juga mempunyai banyak hotel-hotel moden berseni reka moden yang sesuai untuk didiami. Salah satu daripada hotel yang masih menjadi pilihan di Hanoi adalah hotel La Siesta Premium Hang Be.

Hotel ini merupakan hotel butik moden yang mempunyai beberapa cawangan di bawah nama La Siesta. Namun cawangan yang terbaru ini kaya dengan unsur seni moden serta sedikit gabungan seni eklektik Eropah klasik. Kini, hotel ini tampil segar dengan gaya kontemporari moden, sejajar dengan hotel-hotel seangkatannya yang lain.

La Siesta Premium Hang Be Hotel

Ia terletak di kawasan yang agak strategik kerana berada dekat dengan lokasi-lokasi menarik seperti Water Puppet Theatre, Masjid Al Noor, kawasan tasik Hoan Kiem dan aneka kedai serta kafe yang hanya beberapa minit sahaja perjalanan dari hotel serta tempat-tempat menarik lain di tengah Hanoi.

Ini memudahkan para tamu untuk menjelajah seluruh bahagian kota lama Hanoi tanpa banyak masalah pengangkutan. 

Dengan aneka bilik-bilik yang dihias dengan konsep klasik bersama moden kontemporari, hotel ini menepati keperluan kebanyakan tamu yang menginap di situ. Setiap bilik mempunyai sambungan internet wi-fi secara percuma, serta sebuah TV layar leper LCD. Seperti kebanyakan hotel, setiap bilik mendapat sarapan percuma, dan sarapan dihidangkan di Cloud Nine, restoran tingkat atas dengan pemandangan cantik. 

La Siesta Premium Hang Be Hotel

Ia juga turut dilengkapi dengan sebuah spa iaitu La Spa, untuk tamu yang ingin memanjakan diri.Satu lagi mercu tanda mereka adalah Lighthouse Sky Bar, sebuah tempat untuk bersantai sambil menikmati minuman di tingkat paling atas berlatarbelakngkan pemandangan kota lama Hanoi yang indah. 

Dengan perkhidmatan lokasi yang sukar ditandingi (iaitu benar-benar di tengah kawasan kota lama berdekatan dengan semua tarikan utama Hanoi), perkhidmatan yang baik bertaraf antarabangsa, harga yang sangat berpatutan serta para pekerja hotel yang ramah, Hotel La Siesta Premium Hang Be memang layak untuk didiami sekiranya berkunjung ke Hanoi.

oleh: Shah Shamshiri
La Siesta Premium Hang Be Hotel
La Siesta Premium Hang Be Hotel
La Siesta Premium Hang Be Hotel
La Siesta Premium Hang Be Hotel
La Siesta Premium Hang Be Hotel

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rumahtangga Fizo & Mawar Berantakan? Ini jawapan Fizo Omar

Teater NEO-DISIDEN Anjuran ASWARA Inspirasi dari Tragedi Brutus