in

HBO ASIA Membawa IRON THRONE Untuk Peminat Di Malaysia

Salah satu imej yang paling ikonik dari siri GAME OF THRONES adalah Iron Throne yang megah, takhta idaman ramai sehingga peperangan diperjuangkan, tipu daya dirancang, kesetiaan diuji, dan nilai moral tidak mempunyai sempadan; semata-mata untuk menuntut takhta ini.

Siri yang paling banyak ditonton dalam sejarah HBO dan fenomena TV di seluruh dunia, GAME OF THRONES (#GameofThrones) bermula musim keenam dengan sepuluh episod (#GoTSeason6) di Asia pada waktu yang sama dengan A.S. – secara eksklusif di HBO (Astro saluran 411 / 431) pada 25 April jam 9 pagi, dengan waktu ulangan pada hari yang sama jam 9 malam. Siri ini juga boleh didapati di Astro On The Go. Dan khas untuk peminat siri ini, HBO Asia membawa replika menakjubkan Game of Thrones Iron Throne ke Malaysia.

GOT Iron Throne

Pemenang Emmy® dan Golden Globe Siri Original HBO GAME OF THRONES kembali untuk musim keenam pada 25 April di HBO GOT Iron Throne.

[dropcap]G[/dropcap]ame of Thrones Iron Throne akan berhenti di tiga lokasi di Malaysia agar peminat dan orang ramai boleh mendapat pengalaman menduduk di “Throne” ini. Selain daripada itu, setiap pelawat ke Iron Throne untuk fotograf akan dapat membawa pulang hadiah eksklusif Game of Thrones. Gunakan hashtag #IronThroneMY untuk berkongsi detik-detik Game of Thrones khusus ini di media sosial.

· Tarikh: Sabtu 23 April 2016

Waktu: 11 pagi – 5 petang

The Square, Publika Shopping Gallery, 1 Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

· Tarikh: Ahad 24 April 2016

Waktu: 11 pagi – 2 petang

Main Entrance, Sunway Pyramid Shopping Mall, 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, Petaling Jaya

· Tarikh: Ahad 24 April 2016

Waktu: 4 petang – 7 malam

The Curve Damansara, Petaling Jaya

Berdasarkan siri buku “A Song of Ice and Fire” oleh George R.R. Martin, siri fantasi HBO pemenang Emmy® ini menceritakan perjuangan epik untuk kuasa di suatu tempat yang luas dan kejam.

Pemenang anugerah Emmy® dan Golden Globe GAME OF THRONES kembali untuk musim keenam dengan sepuluh episod di Asia pada waktu yang sama dengan A.S. – secara eksklusif di HBO (Astro saluran 411 / 431) pada 25 April jam 9 pagi, dengan waktu ulangan pada hari yang sama jam 9 malam.

Setiap episod baru ke udara pada hari Isnin pada waktu yang sama. Siri ini juga boleh didapati di Astro On The Go pada bila-bila masa dan di mana jua. Terlepas musim-musim GAME OF THRONES yang lalu? Jangan risau; pelanggan Astro boleh menonton setiap musim dan setiap episod GAME OF THRONES di On Demand (OD) tanpa bayaran tambahan.

Iron Throne - Credit Helen Sloane HBO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri CATATAN SEORANG DA’I Lakonan Zila Bakarin

Penyanyi Lama & Baru di Konsert Akhir Kilauan Emas Otai