in , ,

Harimau Malaya : The Untold Journey Jadi Masterpiece Afdlin Shauki

Menyebut bola sepak dan nama pasukan Harimau Malaya adalah perkara yang sinonim bagi penggemar sukan bola sepak negara.

Harimau Malaya : The Untold Journey Jadi Masterpiece Dato’ Afdlin Shauki Kupas 4 Perspektif Skuad Kebangsaan

Pasukan Harimau Malaya sentiasa menjadi kebanggaan bukan hanya dalam penggemar sukan bola sepak tetapi rakyat Malaysia kerana perjuangan tanpa berbelah bahagi yang ditonjolkan oleh setiap individu sama ada di belakang tabir sehingga ke barisan pemain yang silih berganti sejak berpuluh tahun lalu.

Namun di sebalik apa yang ditonton umum di padang lewat kelincahan para pemain, ada kisah tersembunyi yang tidak diketahui sepanjang ‘perjalanan’ orang di sekeliling Harimau Malaya.

Harimau Malaya : The Untold Journey Jadi Masterpiece Dato’ Afdlin Shauki

Mengangkat perspektif yang belum pernah dikupas dalam mana-mana penghasilan karya membabitkan Harimau Malaya, 4ward Pictures Sdn. Bhd dengan bangga mempersembahkan filem terbitan mereka, Harimau Malaya : The Untold Journey.

Filem yang dibawakan oleh Nashrul Nasir selaku Penerbit Eksekutif dan Alif Nabil sebagai Penerbit ini menerima sentuhan magis sutradara terkenal, Dato’ Afdlin Shauki yang juga merupakan penulis skrip Harimau Malaya : The Untold Journey.

Harimau Malaya : The Untold Journey diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2022.

Harimau Malaya : The Untold Journey Jadi Masterpiece Dato’ Afdlin Shauki

“Dari inspirasi ini, Harimau Malaya : The Untold Journey berkembang bukan sekadar tentang pemain bola sepak tetapi kami mengambil naratif berbeza terutama mengangkat kisah tiga orang peminat tegar yang digelar Ultras yang disenaraihitam menghadiri perlawanan bola sepak selama setahun.

“Harimau Malaya : The Untold Journey juga menampilkan ‘sepak terajang atau ‘perjalanan panjang’ tentang individu-individu di belakang tabir, di sekeliling yang banyak membantu skuad kebangsaan tetapi tidak pernah ‘didendangkan’,” ujar Nashrul Nasir dari 4ward Pictures Sdn. Bhd.

Tambah Nashrul, penghasilan Harimau Malaya : The Untold Journey juga adalah sebuah apresiasi terhadap perjuangan skuad kebangsaan terutama selepas berjaya menewaskan Bangladesh sekaligus layak ke Piala Asia selepas 42 tahun.

Harimau Malaya : The Untold Journey Jadi Masterpiece Dato’ Afdlin Shauki

“Kami percaya ada banyak kisah bersifat inspirasi yang boleh dikutip dan diambil daripada Harimau Malaya : The Untold Journey. Terutamanya kisah-kisah selepas Tang Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada 2022.

“Dengan kepakaran Dato’ Afdlin Shauki menulis skrip dan mengarahkan filem ini dalam atmosfera drama, kesukanan dan sejarah yang dibalut nilai komersial, Harimau Malaya : The Untold Journey adalah sebuah karya wajib tonton.

“Anda bukan hanya akan terinspirasi tetapi kami mahu menumbuhkan lebih segar patriotisme terhadap skuad kebangsaan dan Malaysia tercinta,” ujarnya.

Bagi Afdlin Shauki yang kali terakhir duduk di kerusi sutradara dua tahun lalu, kesempatan mengarahkan Harimau Malaya : The Untold Journey adalah platform yang digunakannya untuk mewujudkan kecintaan yang lebih besar bukan hanya terhadap sukan tetapi semangat setiakawan, pengorbanan dan patriotisme yang sepatutnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.

“Selaku rakyat Malaysia saya tidak seharusnya menolak peluang menggarap dan mengarah Harimau Malaya : The Untold Journey.

“Ini bukan sahaja kerana mahu ada satu masterpiece dalam karier pengarahan saya tetapi ia menjadi penghormatan saya kepada negara tercinta.

“Menerusi Harimau Malaya : The Untold Journey, anda akan mengerti definisi ‘Kejayaan Memerlukan Keberanian Dan Pengorbanan,” ujar Afdlin penuh semangat.

Harimau Malaya: The Untold Journey dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Sophia Albarakbah, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Vanidah Imran, Khir Rahman, Douglas Lim, Fattah Amin, Meerqeen, Fazura, Bell Ngasri, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Filem ini menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar Lembah Klang. Tertanya-tanya bagaimana isi Harimau Malaya : The Untold Journey? Jangan lupa saksikan dan semarakkan kecintaan terhadap sukan dan negara dengan menyokong filem ini sebaik ditayangkan di pawagam berhampiran anda kelak.

Harimau Malaya : The Untold Journey Jadi Masterpiece Dato’ Afdlin Shauki

INFORMASI

FILEM: HARIMAU MALAYA : THE UNTOLD JOURNEY

PENGARAH: DATO’ AFDLIN SHAUKI

PENULIS SKRIP: DATO’ AFDLIN SHAUKI, HARIS M.NOR, NORSYIELLA ANNUAR, SHABROMO

DURASI FILEM: 120 MINIT

GENRE: DRAMA, SUKAN, SEJARAH

PENERBIT EKSEKUTIF: NASHRUL NASIR 

PENERBIT: ALIF NABIL

TERBITAN: 4WARD PICTURES SDN. BHD

SYARIKAT PENERBITAN: 4WARD PICTURES SDN. BHD

BARISAN PELAKON: SOPHIA ALBARAKBAH, ZAHIRAH MACWILSON, AIMAN HAKIM REDZA, TONY EUSOFF, FATTAH AMIN, KHIR RAHMAN, AZHAR SULAIMAN BELL NGASRI, FAZURA

SINOPSIS: DIINSPIRASIKAN OLEH KISAH YANG BERLAKU DI SEBALIK TABIR PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM) SELEPAS TAN CHENG HOE MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI JURULATIH SKUAD KEBANGSAAN.

KISAH HARIMAU MALAYA INI DIGERAKKAN MELALUI EMPAT PERSPEKTIF NARATIF IAITU DARI SUDUT BADAN PENGURUSAN SKUAD KEBANGSAAN HARIMAU MALAYA, KETUA JURULATIH HARIMAU MALAYA, PEMAIN DAN ULTRAS KHUSUSNYA TIGA RAKAN YANG MERUPAKAN PENYOKONG TEGAR HARIMAU MALAYA. MEREKA TELAH DISENARAIHITAMKAN DARIPADA MENGHADIRI PERLAWANAN BOLA SEPAK DI STADIUM SELAMA SETAHUN.

EMPAT PERSPEKTIF INI AKAN BERTEMBUNG PADA PERLAWANAN TERAKHIR KELAYAKAN PIALA ASIA APABILA SKUAD HARIMAU MALAYA BERDEPAN BANGLADESH DI MANA MEREKA BERJAYA MENEWASKAN BANGLADESH DAN LAYAK KE PIALA ASIA SELEPAS 42 TAHUN.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Nafi Halau Ibu, Mahu Jual Rumah Untuk Cari Tempat Lebih Baik

Suria KLCC Perkasa Kesihatan Diri Melalui Kempen Kesihatan Mental