in , ,

Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan

BAPA pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan Abu Bakar meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur jam 2.57 pagi hari ini.

Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengesahkan bapanya Aksan Abu Bakar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.57 pagi tadi. Bapanya disahkan meninggal dunia selepas menjalani satu pembedahan di HUKM Cheras malam tadi.

Berita sedih itu dikongsi Afdlin, 49, menerusi Instagram dan meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah dan doa buat Allahyarham bapanya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami Aksan Abu Bakar sudah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 11 Ogos 2020, pukul 2.57 pagi di PPUKM, KL.

“Sama-sama kita doakan rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman,”

– Afdlin Shauki
Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Afdlin juga mengakui pasti merindui senyuman ceria bapa tersayangnya itu dan meminta keampunan bagi pihak arwah daripada sesiapa yang mengenalinya.

“Senyuman terakhir bapa yang tak habis-habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri.

“Bapaku yang tercinta, dia berpesan kepadaku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan dia pernah lakukan kepada sesiapa yang mengenalinya.

“Tolong ampunkan ya! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa. Al-fatihah, I love you papa…Assalamualaikum,”

– Afdlin Shauki

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan takziah.

Bagaimanapun, Afdlin tidak mendedahkan penyakit yang dihidapI Allahyarham.

Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia
Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Salam takziah buat seluruh keluarga Afdlin Shauki. Sama=sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YouTube Akan Berhenti Menghantar Emel Notifikasi Untuk Muat-Naik Baru

Dato’ AC Mizal Hos Program Punchline DAC