in , ,

Afdlin Shauki Buka Ruang Kongsi Tentang Stress & Depresi di Instagram

Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki ada memuat naik posting khas di Instagram bagi menghargai mereka yang giat membantu individu yang mempunyai masalah kesihatan mental dan depresi.

Menurut Afdlin Shauki, mereka yang mengalami masalah seperti ini tidak akan keseorangan kerana ramai sebenarnya orang diluar sana yang peduli mengenai mereka. Malah, pelakon filem Papadom ini turut membuka ruang buat sesiapa sahaja yang ingin berkongsi cerita dengannya.

“Shoutout for people working on helping those with mental health and to those with depression.

“You are not alone. Lets talk,”

– Afdlin Shauki
Afdlin Shauki Buka Ruang Kongsi Fasal Depresi di Instagram

Dalam pada itu, seorang indvidu ada memberi respon terhadap posting tersebut dengan mengatakan hanya mereka yang popular sahaja sering mendapat perhatian mengenai isu ini manakala bagi mereka yang tidak dikenali pula, kisah mereka sering kali tidak diendahkan.

Afdlin Shauki Buka Ruang Kongsi Tentang Stress & Depresi di Instagram

“Talk? Kalau kita bukan orang yang femes, diorang tak kisah pun pasal mental illness yang kita hadap,” katanya.

Melihat reaksi tersebut, ini respon balas Afdlin terhadap kenyataan individu tersebut.

Afdlin Shauki Buka Ruang Kongsi Tentang Stress & Depresi di Instagram

“Orang femes pun ada depression bro. Manusia tak boleh lari dari hakikat.

“Yang penting kita cuba buat sesuatu,” balasnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Afdlin kerana mengetengahkan isu yang dianggap remeh bagi sesetengah pihak ini.

Afdlin Shauki Buka Ruang Kongsi Tentang Stress & Depresi di Instagram

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zed Zaidi Dilantik Sebagai AJK FINAS

Laudya Cynthia Bella Akui Sudah Bercerai dengan Engku Emran