in

Hadiah Album Imran Ajmain Sudah Dihantar

Untuk semua pemenang Peraduan Hari Kekasih Bersama Imran Ajmain, hadiah berupa album re-package Imran Ajmain telah pun dihantar melalui pos biasa pada 25 Mac lalu. Kemungkinan besar, hadiah akan sampai di tangan anda semua dalam masa 2 hingga 4 hari lagi. Kalau tak sampai, sila hubungi Budiey dengan segera ya!

Hanya setem berharga 70 sen diperlukan untuk menghantar sebuah album ke semua negeri seluruh Malaysia. Murah juga. Dan Budiey seakan tak percaya, album itu dah pun diterima oleh Nur Liza yang berada di Wangsa Keramat. Wah! Cepatnya…

Ini dia gambar Liza bersama album Imran Ajmain yang diterimanya pada siang tadi. Siap posing di dinding yang sangat cantik wallpapernya… Nampak macam 3 buah album je kan? Jangan percaya dengan ilusi, itu hanya sekeping poskad, cover album dan booklet lirik.

liza

Liza sempat menulis sedikit komen…

“Terima kasih Budiey, Liza dah terima cd ittew, lagu nyer sumer sedap didengor sementelah ader minus one seribu tahun pastu ku serang itu karaoke kat gerai bayor rm1.50 satu lagu dan perform secara falsetto nyer huu huu…”

Apo-apo jelah Liza oi… huhu…

Apa-apa pun, terima kasih Liza. Kepada pemenang yang lain, jangan lupa untuk mengambil gambar kalian bersama dengan album Imran Ajmain untuk disiarkan di Sensasi Selebriti.

Tunggu, peraduan akan datang… menangi album terbaru Ning dan tiket-tiket untuk menghadiri Anugerah Industri Muzik. Tunggu ya!

[tags]imran ajmain, suka suki, lagu ning, kelab pop, liza hanim, jac, samsung haptic, technology journal, Wearable Airbag, Motorcyclist, big dog beta, motorola VU30, Blue Shade Glass[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya

Ulasan Hits1 Musim Ke-5 Final @ Stadium Negara