in , ,

Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya

Pada hari Khamis, 17 April 2007 nanti akan diadakan Secretaries Weeks Faizal Tahir (Naib Juara One In A Million musim pertama) bermula jam 12 tengahari di Grand Ballroom Hotel Crown Princess Kuala Lumpur. Faizal bukan keseorangan kerana ditemani oleh pengacara panas Hot FM iaitu Sharifah Aleya.

Faizal Tahir yang pernah meletop dengan kontroversinya yang menyebabkan dia dibanned selama 3 bulan itu bakal mempersembahkan satu show yang luar biasa dengan rangkaian lagu-lagu yang terkenal. Sudah tentu Superman Malaysia ini akan mempersembahkan lagu bergenrekan rock yang digemarinya dan tidak dilupa lagu-lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya, Aku Muzik Kamu.

Jadi, kepada para setiausaha yang berminat, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan persembahan hebat daripada Faizal dan Sharifah Aleya dengan membuat tempahan tiket dengan menghubungi 03 – 2162 5522 ext. 5140

Tiket berharga RM170++ (front row) dan RM150++ (back row) boleh ditempah mulai sekarang! Apa tunggu lagi! Meh ler yeop!

[tags]minggu setiausaha promo, faizal buka baju, anuar zain a nite with, faizal tahir, one in a million, Grand Ballroom photo, Hotel Crown Princess Kuala Lumpur, album faizal, download mp3, aleya gossip, reality tv show, senarai tugasn, stacy, trek selebriti, umbrella, wedding aleya, harga table[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama & Filem Melayu Sepanjang April @ TV3

Hadiah Album Imran Ajmain Sudah Dihantar