in

Gambar Sekitar Bengkel Kecantikan Bersama Irma Hasmie

Seperti yang dirancang, pada hari Sabtu lalu, tanggal 10 Julai 2010 telah berlangsung Bengkel Kecantikan Bersama Irma Hasmie dikelolakan oleh AsterSpring dengan kerjasama Sensasi Selebriti di SACC Mall, Shah Alam.

Seramai 12 orang telah hadir untuk mengikuti kursus selama 4 jam itu. Tahniah buat mereka yang sudi hadir kerana maju selangkah lagi untuk memperbaiki imej diri. Mungkin ada yang sebelum tidak tahu tentang selok belok dunia solekan, kini sudah pun faham cara-cara yang betul dengan lebih praktikal dan berkesan.

Di sini, mereka telah mengetahui rahsia dan tips solekan yang sesuai untuk wajah mereka. Rata-rata mereka berpendapat kursus ini dapat memberikan keyakinan dan satu pengalaman yang baru untuk wanita. Selain dapat menimba ilmu solekan, mereka juga berpeluang untuk mengenali serta beramah mesra dengan pelakon dan pengacara popular, Irma Hasmie.

Penampilan diri dan juga imej sangat penting bagi wanita masa kini. Mungkin bagi setengah wanita memandang remeh tentang perkara ini, jadi oleh sebab itulah AsterSpring mahu mengajak semua wanita mendalami ilmu kecantikan ini.

Budiey perhatikan yang hadir bukan sahaja di kalangan wanita yang matang dan berkerjaya, malah ada yang remaja serta budak sekolah yang berusia 11 tahun! Ternyata, keseronokan bermain dengan warna serta mempelajari langkah-langkah berkesan untuk membersih wajah contohnya pasti akan menjadikan mereka bertamhah yakin.

Antara teknik dan tips lain ialah cara menanggalkan solekan, teknik menyapu make up dan memilih warna yang sesuai dengan raut wajah serta mereka juga belajar bagaimana untuk memadankan warna yang betul untuk sye shadow dan lipstik dengan pakaian mereka.

Tak lupa, mereka yang hadir dijamu dengan Cherriwell Mocktail, minuman kesihatan yang mengandungi anti oksida yang dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan serta mempermudakan kesihatan organ dalaman, memperbaiki serta menyokong pergerakkan sendi-sendi, meningkat system imunisasi dan menajamkan minda anda.

Kelas yang bermula pada jam 2 petang itu pasti akan menjadi kenangan bagi mereka.

Kepada pembaca yang ingin mengikuti kursus ini, jangan lupa pengumuman bengkel solekan seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Budiey juga sedang mencari beberapa orang selebriti lain yang mahu bekerjasama untuk menjayakan Bengkel Solekan. Kepada selebriti yang berminat, bolehlah menghubungi Budiey.

Insyaallah, akan datang bengkel kecantikan akan diadakan lagi di Pavilion, Suria KLCC, SACC Centre, Jaya One, KB Mall Kelantan dan QB Mall.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Chef Kamarul dalam Sarjan Saji

Kronologi Pergaduhan Tom MyStarz LG & Keluarga Mangsa