in

Tips Chef Kamarul dalam Sarjan Saji

JANGAN PANIK! SARJAN TERJAH DAPUR!

Dapur boleh diumpamakan sebagai zon peperangan kepada suri rumah dalam penyediaan hidangan untuk seisi keluarga. Namun, bersediakah anda jika dapur rumah diterjah oleh seorang Sarjan? Dalam keadaan yang kelam kabut, apakah anda masih boleh memasak hidangan dengan resipi tersendiri?

Terbaru di TV3, sebuah program yang pasti menceriakan pagi anda dengan gelagat lucu Sarjan Jamil dan Chef Kamarul (Kamarul Hasni Che Rose) di SARJAN SAJI yang telah mula bersiaran pada 7 Julai 2010, setiap hari Rabu jam 11.30pagi.

Program masakan selama setengah jam yang mempunyai 13 episod tersebut diterbitkan oleh Primeworks Studios akan meredah ke dapur Selebriti atau pun orang biasa. Sarjan Jamil akan menyelia tahap kebersihan dapur dan rumah serta segmen memasak bersama Chef Kamarul. SARJAN SAJI yang diterajui oleh Chef Kamarul dan Sarjan Jamil telah meredah ke rumah Danny X Factor, Azizah Ariffin (Wanita Hari Ini), Maria Tunku Sabri (Apa Apa Aje), Tabah Syazwan, Black Mentor dan juga rumah orang biasa bagi menyempurnakan misi mereka.

Episod pertama yang menampilkan Danny X Factor yang beraksi secara spontan dan bersahaja semasa menyambut kedatangan Sarjan Jamil dan Chef Kamarul amat kelakar dan menghiburkan.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Sarjan Jamil adalah menjalankan pemeriksaan tahap kebersihan rumah tersebut terutamanya kawasan dapur. Sarjan Jamil yang bermisai panjang dan gemar memakai kostum Scotland sentiasa menggalas sebuah beg yang penuh dengan segala peralatan dapur. Sarjan Jamil seorang yang amat tegas, cerewet tetapi menghiburkan. Para penonton pasti mencuit hati tatkala setiap kemunculan Sarjan Jamil.

Selepas sesi penyeliaan, Sarjan Jamil akan memberi laluan kepada Chef Kamarul, seorang Chef Selebriti yang tidak asing lagi. Danny perlu menyediakan satu masakan berdasarkan resipi sendiri. Masakan tersebut akan dirasa dan dinilai oleh Sarjan Jamil. Selepas itu, Chef Kamarul akan mengajak Danny untuk membeli bahan-bahan memasak kerana giliran Chef Kamarul pula memasak. Chef Kamarul juga akan berkongsi petua seperti cara memilih ikan yang segar.

Pada hujung program, tuan rumah akan menerima kunjungan Sarjan Jamil dalam tempoh seminggu untuk penilaian akhir terhadap kebersihan dapur sama ada beliau akan menerima penganugerahan Emas ataupun Perak.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “SARJAN SAJI ialah sebuah program masakan yang mempunyai keunikan pada penampilan watak Sarjan Jamil dan Chef Kamarul. TV3 mahukan kelainan selain paparan resipi memasak, unsur komedi yang ada pada Sarjan Jamil pasti membuatkan penonton rumah terhibur. Masih mensasarkan kepada golongan suri rumah, Slot Senda Pagi menghidangkan program ringan bagi menceriakan hari mereka sebelum memulakan rutin harian.”

“Selain memasak, Sarjan Jamil menekankan aspek kebersihan dalam dapur dan juga berkongsi tips untuk menguruskan kerja-kerja di dapur dengan bijaksana. Maklumlah, suri rumah banyak menghabiskan masa di dapur dalam penyediaan makanan untuk keluarga tersayang. Paling unik, para penonton akan didedahkan keadaan sebenar dapur seseorang selebriti sama ada beliau seorang yang cermat ataupun lalai.”

Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan resipi memasak daripada Chef Kamarul dan juga tips daripada Sarjan Jamil di SARJAN SAJI, setiap hari Rabu, jam 11.30pagi, hanya di TV3!

8 Comments

Leave a Reply
  1. salam…saya amat2 suka menonton rancangan SARJAN SAJI….best sgt2 kelakar pun ada…ada unsur nasihat…cuma saya kecewa skit la…napa semasa sesi artis memasak,kenapa tak terangkan/tunjukkan bahan masakan?cara2 utk memasak pun tak ada…kenapa rancangan tak dipanjangkan ke 1 jam???rancangan best..tapi yg tak best saya nk amik resepi nak kana buka internet….

  2. mana nak cari resepi2 yang disiarkan di tv3(sarjan saji)? mengikut hos rancangan tersebut,resepi boleh dapat di laman web ‘[email protected]’? tapi bila dibuka laman web,tiada satu pun resepi,betul ke atau sekadar un

  3. mana nak dapat resepi2 yang disiarkan dalam rancangan SARJAN SAJI? Menurut hos rancangan tersebut,resepi boleh didapati di laman web ‘[email protected]’ tapi bila di buka laman web tiada satu pun resepi, macamana ni?silap saya atau silap laman web?

  4. saya nk komen saya ikuti program sarjan saaji .dan bila habis siaran dia suruh kita dptkan resepi dilaman web yg diberi.tp malangnya bila buka web tu tkde pun mcmne nk buat tu.tolong bantu kami ,tima kasih

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Two Weeks Notice & Music and Lyrics

Gambar Sekitar Bengkel Kecantikan Bersama Irma Hasmie