in , , ,

Gambar Neelofa & Suami Tiba di Langkawi Tular di Twitter, Netizen Ucap Selamat Berbulan Madu

Pada hari ini, telah viral pula sekeping gambar di laman Twitter mendakwa Neelofa selamat tiba di Langkawi, tiga hari selepas selebriti popular itu mendirikan rumah tangga.

Menerusi laman Twitter, pengguna @arxxxxmand memuat naik tangkapan skrin sebuah posting dari laman Facebook memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah.

Tangkapan skrin yang menulis ‘Selamat datang ke Langkawi Neelofa’ itu sekali gus mengundang netizen bagi membuat andaian dan spekulasi terhadap selebriti berusia 32 tahun itu.

Gambar Neelofa & suami tiba di Langkawi Tular di Twitter, Netizen Ucap Selamat Berbulan Madu

Menerusi pemerhatian di laman Facebook pula, seorang pengguna bernama PakYuss MoSalah berkongsi dua keping gambar dipercayai bersama Neelofa dan suaminya Haris Ismail dengan meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Tugas-tugas khas, bawak pengantin baru Neelofa pusing-pusing Langkawi,” tulis PakYuss MoSalah.

Berikutan itu, warganet di Twitter mula memberikan pelbagai reaksi mengenai dakwaan tersebut terutama soal rentas negeri.

Gambar Neelofa & suami tiba di Langkawi Tular di Twitter, Netizen Ucap Selamat Berbulan Madu

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan gambar-gambar tersebut. Malah, tiada sebarang muat naik dikongsi di media sosial bekas pengacara MeleTOP itu mengenai dakwaan berkenaan.

Gambar Neelofa & suami tiba di Langkawi Tular di Twitter, Netizen Ucap Selamat Berbulan Madu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memperkenalkan Samsung Galaxy A52 & A72, Ini Spesifikasi Penuh Yang Anda Perlu Tahu

Ramai Simpati dengan Zizan Razak, Asyik Jadi ‘Penjaga Jodoh’ Orang