in , ,

Memperkenalkan Samsung Galaxy A52 & A72, Ini Spesifikasi Penuh Yang Anda Perlu Tahu

Siri Galaxy A merupakan antara telefon kelas pertengahan yang boleh dikatakan popular bagi jenama Samsung. Bagi meneruskannya, Samsung hari ini melancarkan Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Samsung New Galaxy A52 and A72

Menariknya, kedua-duanya tampil dengan beberapa ciri baharu yang seiring dengan perkembangan telefon pintar semasa, iaitu kadar penyegaran tinggi serta sokongan 5G.

Samsung New Galaxy A52 and A72

Samsung Galaxy A72

Seperti model terdahulu, Galaxy A72 mempunyai skrin 6.7 inci Super AMOLED FHD+ dengan paparan berlubang Infinity-O pada bahagian tengah skrin, kecerahan hingga 800nits serta kadar penyegaran 90Hz.

Samsung New Galaxy A52 and A72

Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 732G bersama pilihan RAM 6/8GB dan storan dalaman 128/256GB. Jika mahukan storan tambahan, slot mikroSDdisokong sehingga 1TB.

Terdapat kuad kamera di belakang telefon – 64MP utama, 8MP telefoto, 12MPultra lebar dan 5MP makro. Sementara kamera swafoto adalah 32MP.

Selain itu, kameranya juga mempunyai keupayaan zum digital hingga 30x serta zum optikal hingga 3x.

Bateri pula dimuatkan sebesar 5000mAh dengan pengecasan pantas 25W. Empat pilihan warna diberikan, iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet.

Namun, telefon ini hanya menerima rangkaian LTE. Bermakna, anda boleh batalkan niat memilikinya jika mahukan sebuah telefon 5G.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Airasia Super App Tawar Ciri Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

Gambar Neelofa & Suami Tiba di Langkawi Tular di Twitter, Netizen Ucap Selamat Berbulan Madu