in

Foto Menarik di Showcase Sunday Nite Live V.E Anjuran Planet Hollywood

Pada 22 April (Ahad) yang lalu, Sensasi Selebriti dijemput ke Showcase Sunday Nite Live V.E di Planet Hollywood Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Bukit Bintang. Ini merupakan sesi pertama V.E perform.

Sesi kedua akan diadakan pada minggu hadapan, Ahad 29 April.  Untuk show semalam, tidak ramai media yang datang, begitu juga dengan penonton. Mungkin ramai yang akan menunggu sesi kedua. Lagi pun, gaji pun masih belum masyuk lagi, kan. Apa-apa pun, vokal grup R&B ini memang gempak & power giler. Pukulan vokal mereka memang membuat bulu roma saya berdiri.

Sebelum ulasan lebih lanjut, kita berkenalan dulu dengan panyanyi jemputan VE. Kenal ke korang dengan penyanyi ini…?

469889277 C723C9133E O | 4

Siapa budak ni? Peminat rancangan Mentor mesti kenal dia ni.

469889523 13563Fd820 O | 5

Inilah dia Rizal. Protege kepada Zaff (Mentor musim kedua)

469889757 988807109F O | 6

Ini pula grup Kung-Fu Hustle. Ops! Silap… Junior Hustle, grup hip hop yang kini terkenal dengan lagu parodi yang ada lirik, “Pakai baju kancing la suasa, pakai mari baba la Melaka.” Tak tahu apa tajuknya. Dah la tak faham sepatah haram pun diorang nak nyanyi rap English…”

469874982 B639Ee45E8 O | 7

Belum apa-apa lagi, sesi mari mendera penonton diadakan. Gerun juga tengok gaya cakap ala-ala hip hop ahli Junior Hustle (kiri) dengan budak yang kena ‘dera’ (kanan). Kasar bukan main kedengarannya. Kesian tau dekat budak tu. Dia kena tunjuk aksi-aksi lasak seorang penari di atas pentas. Hadiah berupa sekeping CD Album terbaru grup itu.

469881156 74Dfccf877 O | 8

Masih lagi sesi yang sama. Tapi kali ini, perempuan pula yang kena. Kekadang tak faham motif atau tujuan diorang suruh penonton menari. Saya tahu niat diorang ni nak hidupkan suasana yang lesu. Sebab penonton nampak tak bermaya. Nak tepuk pun malas. Mungkin grup ini tak popular lagi kot. Usaha mereka untuk meriuhkan keadaan tidak berjaya… selagi mana V.E tidak naik pentas… selagi itu penonton rasa cam nak tidur je.

469892413 D9A23146C2 O | 9

Okay, cuba teka grup wanita yang ini pula? Kenal ke korang? Diorang buat opening untuk show kedua. Performance kira ok-ok saje for me. Suara depa pun biasa-biasa.

469876694 Ca1Ee0E578 O | 10

Dari segi pembawakan lagu, grup ini boleh dikira cemerlang sebab dapat bawa lagu-lagu R&B bernada tinggi. Cuma kolaborasi mereka tidak setanding dengan peserta dari Gangstarz. Apatah lagi, bila harmoni yang digandingkan juga agak klise dan kurang dinamik. Harap V.E latih diorang ni menjadi grup soul R&B yang lebih mantap lagi sehingga diistiharkan sebagai grup wanita paling gah di Malaysia.

Hairan saya, mengapa V.E mengajak grup dan penyanyi yang kurang terkenal untuk opening act.

469876300 159Aa2Bec6 O | 11

Dan ini dia grup R&B paling popular di Malaysia, V.E. Apabila pentas diberikan kepada mereka, suasana yang sepi dan suram menjadi riuh dan meriah dengan sorakan & tepukan.

Klik untuk melihat foto yang lebih BESAR & JELAS:

  1. Gambar V.E di Planet Hollywood
  2. Album Flickr – V.E di Planet Hollywood

Ulasan akan bersambung…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziana Zain | 39

Ferhad, Dayang, Yusof Haslam & Minggu Setiausaha

Bob Yusof | 40

Ramalan Anugerah Industri Muzik ke – 14