in , ,

Filem Prekuel Mat Kilau tanpa Syamsul,Yusuf, Adi Putra & Beto Kusyairi

Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, mengesahkan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem tersebut.

Bakal memulakan penggambaran sama ada akhir tahun ini atau awal 2023, Abdul Rahman berkata, dua pelakon utama Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy juga tidak terbabit dalam produksi tersebut.

“Ketiadaan Syamsul disebabkan kami ingin memberi peluang kepada pengarah lain untuk memberikan sentuhan. Kami mahu mereka berkarya bersama Studio Kembara untuk memeriahkan lagi industri.

“Filem itu juga tidak akan membabitkan watak yang dilakonkan Adi Putra dan Beto. Berdasarkan jalan cerita, karakter mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel ini. Hanya ada beberapa pelakon yang kami kekalkan. Hanya itu yang dapat saya cakap buat masa ini,” katanya.

Ditemui pada majlis apresiasi dan santai bersama media di sini, tengah hari tadi, Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Syamsul dan dua pelakon terbabit seperti yang disangka ramai.

“Saya tiada masalah dengan mereka, cuma masing-masing sudah lama tidak berkomunikasi disebabkan sibuk. 

“Lagipun kami profesional. Benda tidak ada apa-apa, kenapa nak dijadikan isu? Kena ada kematangan dalam melihat perkara ini. Saya tiada masalah dan saya fikir, mereka juga begitu,” katanya.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu melakar sejarah tersendiri apabila meraih kutipan RM97 juta meliputi tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pencapaian cemerlang itu sekali gus mengatasi semua filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Furious 7, Spiderman dan Transformers untuk kutipan tiket di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri | 17

Datuk Seri Aliff Syukri Tidak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang

One-Agilan Thani

Kemunculan Agilan “Alligator” Thani di ONE on Prime Video 3 Media Day