in , ,

Datuk Seri Aliff Syukri Tidak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.

Memetik Astro Awani, Aliff didakwa membuat penghantaran menggunakan aplikasi akaun Instagram aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) Akta 588 dan boleh dituduh mengikut Seksyen 233 AKM di bawah akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil, manakala Aliff Syukri diwakili peguam Hasshahari Johari Alwi dan Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Fazril Sani memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun Hasshahari memohon agar mahkamah mempertimbangkan jumlah itu kerana tertuduh bekerja sendiri untuk menyara isteri serta lima orang anak yang masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan Aliff Syukri diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula.

Sumber: Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lee Chong Wei

Penampilan Sulung Lee Chong Wei di Madame Tussauds Singapura

Syamsul Yusof | 18

Filem Prekuel Mat Kilau tanpa Syamsul,Yusuf, Adi Putra & Beto Kusyairi