in ,

Fairuz Ramdan Lancar Dan’s General Store

Keyakinan pengguna terhadap saluran tradisional dilihat semakin tergugat dengan kemunculan pelbagai medium yang ‘menjual’ berita mahupun gosip tanpa asas.

Pereka fesyen yang telah memenangi pelbagai anugerah, Fairuz Ramdan ingin mengorak satu langkah kehadapan dengan memperkenalkan projek terbaharunya “Dan’s General Store” sebagai satu langkah fesyen.

Ia akan menjadi sebuah hab gaya hidup yang menjadi pusat untuk pelbagai aktiviti melibatkan komuniti. Ia juga merupakan sebuah platform interaksi dan pusat pertukaran idea-idea artistik silang budaya.

Penjenamaan Semula Silang Budaya Menerusi Hab Gaya Hidup

Sebagai Naib Presiden Pendidikan dan Latihan di Malaysian Official Designers Association (MODA), Fairuz melihat usaha terbaharunya ini sebagai peluang untuk mendidik dan menerapkan rasa kekitaan terhadap akar budaya kita sendiri, dan akan memulakan kolaborasi bersama para artis segenap genre seperti Budak Nakal Hujung Simpang, Naked 13 Motorcycle Club, Thinklab dan Pintu Merah.

Dan’s General Store akan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pemasaran dan gubahan pakaian, tatarias lelaki dan café. Ia juga akan menjadi pusat utama bagi koleksi terbaharu Fairuz iaitu “FR Black Market”.

“Kami berharap dapat memupuk dan mengekalkan budaya dan tradisi dengan perkongsian dan asimilasi genre. Kami mahu menjadi suara baru bagi generasi baru,” tambahnya.

Mengenai Fairuz Ramdan

Naib Presiden Pendidikan dan Latihan yang baru dilantik untuk Malaysian Official Designers’ Association (MODA) 2020/2021, Fairuz Ramdan mula menyedari minatnya dalam seni jahitan dan reka bentuk ketika di usia 14 tahun. Dilahirkan di Scotland, dia kembali ke tanah air ketika itu dan meneruskan minatnya dengan mempelajari fesyen di Universiti Teknologi MARA. Pada November 2011, beliau memperkenalkan jenama Fairuz Ramdan di Malaysia International Fashion Week.

Beliau kini mempunyai tujuh butik di seluruh negara dan sering bekerjasama dengan pelbagai pihak lain untuk kempen dan promosi serta menjadi pereka pilihan untuk selebriti tanah air. Bintang Fairuz Ramdan bersinar lebih cerah apabila dia dianugerahi Mercedes Benz Stylo 2013 ‘Promising Designer of the Industry’. Sehingga kini, beliau telah memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsa. Sehingga hari ini, rekaan fesyen klasik dan urban miliknya kekal sebagai salah satu kegemaran para peminat dan penggaya fesyen di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia

Peraduan Menang Tiket Konsert dimsum THAI POP 2019