in , ,

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia

Sembilan artis diketuai oleh Sunny Suwanmethanont dan Tor Thanapob

Bersempena sambutan ulang tahun ketiga pada bulan November yang akan datang, dimsum dengan bangganya membawakan konsert Thai pertama, dimsum THAI POP 2019 yang bakal dilangsungkan pada 10 November, 2019 di IDEAL Convention Centre, Shah Alam. Barisan artis jemputan untuk konsert ini terdiri daripada 9 orang, iaitu Sunny Suwanmethanont, Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut dari kumpulan 9BY9.

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia
Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia

PENGENALAN ARTIS-ARTIS JEMPUTAN

Sunny Suwanmethanont merupakan pelakon yang disanjung ramai. Dia terkenal dengan wataknya dalam Dear Dakanda, dan pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik menerusi filem itu. Filem-filem terkenalnya yang lain ialah I Fine… Thank You… Love YouHeart Attack dan Brother of the Year. Dia digandingkan semula dengan Mai Davika dalam drama percintaan terbaharu, My Ambulance.

9BY9 ialah kumpulan vokal lelaki Thai yang debut pada tahun 2018. Mereka dikenali ramai menerusi drama lakonan bersama, In Family We Trust. Empat daripada ahli kumpulan akan menyertai konsert ini: vokalis Tor Thanapob Leeratanakachorn yang membintangi drama yang popular di Asia, Man of Vengeance; rapper Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram; dan juga vokalis Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut.

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia
Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia

Sky Wongravee NateetornBillkin Putthipong dan Thanaerng Kanyawee Songmuang ialah barisan pelakon muda yang berlakon dalam drama My Ambulance bersama Sunny. Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat terkenal dengan lakonannya drama Hormones: The Series. Dia dan Ice menyanyikan lagu tema drama tontonan ramai, My Ambulance.

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia
Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia

JADUAL JUALAN TIKET 

Tiket pra-jualan akan dibuka kepada pelanggan aktif dimsum bermula 17 September 2019 pada jam 12 tengahari melalui email bersama beberapa tiket VVIP eksklusif. Jualan tiket akan dibuka kepada orang ramai pada 19 September 2019, jam 12pm. Harga tiket adalah seperti berikut: RM199 (PS3), RM299 (PS2), RM359 (PS1) dan RM599 (VIP). Pembeli tiket VIP berpeluang menyertai sesi hi-touch, mengambil gambar berkumpulan, sesi pentas belakang dan mendapat poster bertandatangan.

Tiket boleh dibeli menerusi laman web rasmi TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) . Untuk maklumat lanjut tentang tiket, layari www.dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum  (@dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia
Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia
Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia

dimsum ialah perkhidmatan langganan video atas permintaan (VOD) Malaysia yang dikendalikan SMG Entertainment Sdn Bhd, sebahagian daripada Kumpulan Star Media Berhad. dimsum menyediakan rancangan-rancangan dari Asia dan boleh ditonton menerusi aplikasi telefon bimbit, televisyen dan laman sesawang.

Kandungan dalam dimsum tertumpu pada drama dan rancangan dari rakan kongsi terbaik di seluruh Asia. Sejak dilancarkan pada bulan November 2016, dimsum telah memperoleh hak penyiaran serentak eksklusif dari China, Taiwan, Thailand dan Jepun. Koleksi kandungan dalam dimsum termasuk filem, drama, dokumentari, rancangan aneka ragam, animasi dan rancangan kanak-kanak dari China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Kini, dimsum boleh diakses di Malaysia, Brunei dan Singapura, atau menerusi StarHub Go di Singapura. dimsum menawarkan kandungan video definisi tinggi dan boleh diakses oleh 5 pengguna secara serentak melalui pelbagai peranti. Pengguna boleh muat turun untuk tontonan luar talian. Fungsi-fungsi lain termasuk kawalan ibu bapa dan sari kata pelbagai bahasa. dimsum juga boleh diakses menerusi Chromecast, Apple AirPlay, TV Pintar Samsung dan Android TV.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA Trending di Youtube Malaysia

Fairuz Ramdan Lancar Dan’s General Store