in ,

Eksklusif Gambar Terbaru Keluarga Erin Malek

Pada 31 Julai lalu, hari Sabtu, Budiey telah hadir di majlis hari jadi Erin Malek ke-16 yang diadakan di Red Box Plus, Paviilion Bukit Bintang pada jam 8 malam.

Saban tahun, semenjak mengikuti perkembangan pelakon Erin Malek, Budiey tidak lupa untuk dijemput menghadiri parti hari jadi pelakon yang semakin meningkat remaja ini. Wah, dah besar panjang dah… Erin.

Kalau tak silap, hari ulangtahun kelahiran Erin Malek jatuh pada 15 Julai di mana pada hari tersebut, Erin ada shooting drama. Tapi Erin tak disangka sebab beliau turut diraikan dengan befday suprise oleh krew dan pengarah.

Wah dah 16 tahun, anak dara Kak Iza kita ni. Semakin meningkat remaja, Erin bertambah cantik dan ayu. Kalau tak, takkan produk kecantikan Syasya akan ambil beliau sebagai duta jurucakap  dan model Syasya, kan?

Di sini rasanya tak terlewat untuk Budiey ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-16 buat Erin Malek. Semoga terus sukses dan cemerlang dalam bidang lakonan yang diceburi. Sweet 16!

Tahun depan, Erin Malek akan menduduki peperiksaan SPM dan menurut ibunya, tawaran lakonan Erin akan dikurangkan memandangkan beliau perlu fokus kepada pelajaran.

Gambar di bawah adalah eksklusif buat semua peminat Erin atau nama sebenarnya, Nur Arina Bt Abdul Malek yang pernah mendapat pencalonan sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008. Pernah membintangi filem Tentang Bulan, Congkak dan Brainscan.

Erin Malik ada dua orang adik dan kedua-duanya juga ada bakat dalam bidang lakonan. Nur Atiqah (15 tahun) dan Nur Aqilah (10 tahun).

Nantikan gambar-gambar sekitar befday party Erin Malek… akan datang…

4849860002 D30Aec6742 B | 4

Erin bersama ibunya.., sama cantik sama lawa.

4849240665 5Dd2Ef39Fa B | 5

Erin bersama dua orang adiknya, Atiqah & Aqilah.

4849241249 0Aa47E6240 B | 6

Erin Malek bersama ibu bapanya, Kak Iza & Abg Malek.

4849242013 3Cbabe631A O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Artis Buaya Darat Tinggal Isteri

Cara untuk Langsing, Kurus dan Sihat di Hari Raya