in ,

Drama LAZUARDI Khas Maulidur Rasul di RTM, Jom Baca Sinopsis!

Umat Islam di seluruh dunia akan meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal 1445H bersamaan 28 September akan datang.

Kecintaan dan ketaatan kepada Rasullullah adalah tuntutan agama dah harus dieksperesikan berlandaskan syariat Islam.

Tidak mahu ketinggalan di dalam usaha mendapatkan syafaat Baginda Rasullullah S.A.W, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dengan tayangan telemovie khas bertajuk “Lazuardi” pada 28 September ini, pukul 4.30 petang di saluran Okey. 

Drama lakonan Naufal Hatta, Alya Iman, Nazref Nazri dan Fimie Don ini mengisahkan hasrat Mawar yang akan berkahwin dengan tunangnya, Jejai tidak kesampaian kerana Jejai ditangkap khalwat dengan Wani, bekas tunang Adam. Mawar malu dengan perkahwinan yang tidak jadi itu. Penyakit darah tinggi emaknya pula semakin menjadi-jadi kerana tertekan memikirkan malu pada keluarga dan saudara mara yang telah dijemput. Ayah Mawar pula menyalahkannya kerana memilih lelaki seperti Jejai yang miliki keperibadiannya yang teruk. Mawar turut menyalahkan ayahnya kerana tidak membenarkan Mawar ‘berdating’ dengan Jejai sebelum kahwin kerana syarat ayahnya untuk mengenali antara satu sama lain perlu berkahwin dahulu.

Copy of Poster_Lazuardi_2023_A3

Sementara itu Lokman, abang Mawar terdesak mencari bakal pengantin lelaki untuk adiknya kerana dipaksa oleh kekasihnya Selly. Secara tidak sengaja mereka terjumpa Adam. Lokman memberitahu kepada Adam tentang perkahwinan Mawar yang tak jadi dan Adam merasa terpanggil untuk membantu. Adam melakukan solat hajat dan istikharah dan menerima petunjuk bahawa jodohnya dengan Mawar.

Lokman memberitahu ciri-ciri keperibadian Adam kepada Mawar menyebabkan Mawar tidak bersemangat dan terpaksa menerimanya sehinggakan Mawar merancang akan membuatkan Adam menceraikannya. Lokman bersetuju pada dasarnya kemudian dia merasa bersalah terhadap Adam kerana mempermainkannya yang sangat jujur itu sehinggakan Lokman memberitahu Adam tentang rancangan itu sebelum akad nikah. Adam kecewa dengan mereka kerana mempermainkan institusi perkahwinan.

Majlis akad nikah berlangsung dengan suasana harmoni dan meriah. Malamnya, Adam dan Mawar menghabiskan masa dengan cara masing-masing dan dan bercakap bila perlu sahaja. Sebelum subuh, Adam mempelawa Mawar untuk qiamulail bersama dan berdoa. Disebabkan kuasa doa pengasih ikhlas kerana Allah yang dibaca oleh Adam, Mawar gagal memberitahu untuk menceraikannya walaupun Adam memberi peluang untuk mengemukakan permintaannya dan akan ditunaikan. 

Adam membawa Mawar yang masih bercuti kahwin ke pejabatnya kemudian ke pusat tahfiz dan Adam menunjukkan rumah yang dibina untuk isterinya. Mawar semakin terbuka hati terhadap Adam kerana persembahan Adam terhadapnya yang sangat berbeza berbanding Jejai.

Wani muncul kembali kepada Adam dan Adam memberitahu bahawa Adam sudah berkahwin dengan Mawar dan cerita antara Adam dan Wani sudah terkubur. Wani meminta Mawar untuk membenarkan Adam berpoligami dan dia bersedia menjadi isteri yang kedua. 

Mawar risau Adam kembali tergoda dengan Wani dan dia berusaha untuk mengatasi Wani untuk mengambil hati Adam. Namun adakah Adam sedia berkahwin dengan Wani atau pun setia kepada isterinya? Saksikan kesudahannya di Okey dan dan penstriman langsung di RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Pilih Tarikh 20 September Lancar Album SITISM

Baby Shima Luah Rasa Cemburu Apabila Artis Lain Pakai Seksi Dipuji Netizen