in , ,

Janna Nick Hadir Dengan Single Terbaharu RASA CINTA Melodi Yang Catchy

Penyanyi, pelakon dan pengacara popular Janna Nick kini kembali dengan lagu baru yang bakal mengusik perasaan peminatnya.

Setelah kejayaan ‘Gatal’ dan setelah setahun melancarkan lagu sebelum ini yang berjudul ‘Mentari Setia’, kini Janna hadir dengan single terbaru yang diberi judul ‘RASA CINTA’, lagu ini menampilkan karya yang penuh keceriaan dan melodi yang catchy.

Lirik ‘RASA CINTA’ ditulis sendiri oleh Janna Nick bersama Maznimjay. Manakala lagu ini dicipta oleh komposer terkenal iaitu Farhim. Produser bagi lagu ini pula adalah Mas Dewangga bersama Jova Devito. Lagu ini mengeksplorasi getaran perasaan cinta yang melanda hati, merangkumi perasaan rindu, cemburu, dan kegembiraan. Dalam bait lagu ini, Janna Nick menggambarkan betapa hatinya berdebar-debar melihat kekasihnya, namun juga bagaimana rasa rindunya tatkala jauh dari yang dicintainya.

Janna Nick Hadir Dengan Single Terbaharu RASA CINTA Melodi Yang Catchy

Menurut Janna Nick, “Lagu ini bukan sekadar lagu, tetapi cerita yang menceritakan perjalanan emosi seorang insan yang sedang jatuh cinta. Saya percaya para pendengar boleh kaitkan lagu ini dengan situasi yang berlaku di sekeliling mereka. Saya harap lagu ini boleh diterima para pendengar dan penonton terhibur dengan muzik video ‘RASA CINTA’”.

Janna Nick Hadir Dengan Single Terbaharu RASA CINTA Melodi Yang Catchy

Manakala bagi muzik video rasmi ‘RASA CINTA’ arahan Lily Samsuddin ini menampilkan Janna Nick sendiri sebagai bintang utama dan penampilan istimewa pengacara dan pelakon, Sean Lee sebagai hero. Mood dalam MV ini sangat menarik kerana ianya menampilkan warna yang terang seperti baju, solekan dan juga props. Jelas Janna, “Saya tak sabar nak menanti kehadiran cahaya mata dan pada awalnya saya nak buat MV pasal anak, cuma tak berani takut saya kecewa dan sedih”.  Penggambaran bagi muzik video ini hanya mengambil masa sehari sahaja kerana ianya dilakukan di dalam studio. 

‘RASA CINTA’ boleh didapati di kesemua penstriman digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music bermula 3 MEI 2024 manakala muzik video rasmi ‘RASA CINTA’ boleh ditonton di saluran YouTube Janna Nick sendiri bermula 3 MEI 2024, 12 tengah hari.

LIRIK RASA CINTA

Verse

Bila kau rasa getarnya

Pasti kau tahu

Rasa cinta ku

Berdebar-debar hati ku

Degup jantung ku

Melihat kamu

Pre-Chorus

Kini kita menjauh

Rasa rindu padamu

Aku tetap menunggu mu

Hadir dalam hidup ku

Menanti saat bahagia

Hidup bersama selamanya

1st Post 

Ey ah ey ah 

Ey ah ey ou 

Verse 2

Bila kau jauh dari ku

Rasa cemburu

Ku tak menentu

Berdebar-debar hatiku

Degup jantungku

Baby where are you ?

Bridge

Rasa cinta ini 

Mekar dalam hati ku

Rasa cinta ini

Indah dunia ku

2nd Post

La la la..

Ey ah ey ah 

Ey ah ey ou

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Feby Putri Vol.2, “Detik. Menit. Jam” Kuala Lumpur Pada 27 Julai

Filem SAKA PERAWAN Bakal Merasuk di Pawagam Bermula 27 Jun Ini!