in ,

46 Tahun Bikin Filem, Datuk Yusof Haslam Terima Gelaran Doktor

Tahniah buat Datuk Yusof Haslam. Semoga terus sukses dan berita ini menjadi inspirasi buat kita semua agar berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam hidup. 

Penerbit dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam, 64, menerima Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam bidang perfileman yang membawa gelaran Doktor, hari ini.

Datuk Yusof Haslam Terima Gelaran Doktor

Beliau menerima ijazah terbabit sempena Majlis Konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Penganugerahan itu berikutan sumbangan besar pemilik syarikat produksi Skop Production Sdn Bhd berkenaan dalam dunia perfileman selama hampir 46 tahun.

Kejayaan Skop Production yang menghasilkan deretan filem pecah panggung sejak 1981 menjadi kayu pengukur kepada kejayaan Yusof dalam industri seni.

Yusof berkata, beliau tidak pernah meletakkan harapan untuk menerima pengiktirafan atas sumbangannya dalam dunia perfileman Melayu.

“Saya bagaimanapun tentunya berbesar hati menerima tawaran pihak universiti. Ia adalah pengiktirafan bermakna buat saya selama lebih empat dekad dalam dunia seni.

“Sebelum ini, gelaran ‘Doktor’ turut dianugerahkan kepada tokoh seni lain seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Tan Sri Jins Shamsuddin dan Datuk Ahmad Nawab daripada universiti yang berbeza,” – Datuk Yusof Haslam

Datuk Yusof Haslam Terima Gelaran Doktor

Yusof berkata, inilah penganugerahan ketiga yang mengiktirafkan kejayaannya sebagai usahawan, pengarah dan penerbit.

“Pada 1996, saya menerima Anugerah Usahawan Malaysia daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ketika menerbit dan mengarahkan filem Maria Mariana.

“Saya turut menerima penganugerahan ACP Kehormat daripada Polis Diraja Malaysia kerana aktif menghasilkan drama kepolisian pada 2012.

“Alhamdulillah, hari ini, saya mendapat gelaran Doktor pula,” – Datuk Yusof Haslam

Tahniah buat Datuk Yusof Haslam. Semoga terus sukses dan berita ini menjadi inspirasi buat kita semua agar berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chemistry Pekin & Reen Rahim dalam Telemovie PERAHU KECIL

Fad Bocey Juara Super Spontan Xtravaganza 2018