in ,

Fad Bocey Juara Super Spontan Xtravaganza 2018

Tahniah Budiey ucapkan buat Fad yang telah berjaya menjulang trofi kemenangan di pertandingan Super Spontan Xtravaganza 2018 malam tadi. Seronok nampak Fad yang tak putus-putus berusaha menyertai pertandingan ini. Cuma Fad terkilan kerana tidak bersama Abam sehingga ke pentas final.

Jumaat lewat sore hari ini, Budiey telah membawa diri ke suatu lokasi yang agak jauh, bukan seperti biasa… nun di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, berlangsungnya Malam Akhir Super Spontan Xtravaganza.

Fad Bocey Akui Bukan Mudah Jadi Juara SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA 2018

Budiey perhatikan tak ramai media yang datang buat liputan untuk acara ini. Jadi, kiranya video temubual Budiey bersama pemenang boleh dikira eksklusif jugak la kan.

Malam Akhir Super Spontan Xtravaganza

Apa-apa pun Budiey nak ucapkan tahniah buat pelawak dan penyampai radio ERA, Fad Bocey yang telah menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Super Spontan Xtravaganza (SSX). Kalau tengok pada setiap kali pengumuman tangga undian, sememamgnya Fad berada di tempat pertama meninggalkan jauh rakan seperjuangannya Achey yang selesa berada di tempat ke-3.

“Game yang paling saya suka dan teruja seronok tadi ialah Dahiku Dahimu. Game ni sangat berhantu. Impak dia sangat besar sebab game ni menguji minda dan kepekaan kita. Kat situ, kita nampak kreativiti para peserta.” – Fad Bocey

Fad yang merupakan anggota kumpulan Lobster Leleh berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi.Manakala gelaran naib johan menjadi milik Izzue Islam sekali gus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Sementara itu, Achey Bocey menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Video Penuh Sidang Media Super FINAL SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA 2018

Atu Zero, Joey dan Shahrol Shiro terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat, kelima dan keenam serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Malam Akhir Super Spontan Xtravaganza

Tahniah buat Izzue Islam, sep kito jangey pecohhhhh! Semoga terus sukses dan mencuba serta mencabar diri untuk lakukan perkara di luar kotak. Lepas ni boleh cuba bidang lain pulak. Selebriti serba boleh milik Izzue Islam. Amin.

Berbeza dengan pentas mingguan sebelum ini, SSX akhir menyaksikan pertarungan antara peserta bersaing secara individu untuk meraih gelaran juara.

SSX dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’.

Minggu akhir SSX menampilkan Ayda Jebat sebagai komentator jemputan bersama komentator tetap, Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor.

SSX turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Ismail Izzani.

Pentas akhir SSX bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Malam Akhir Super Spontan Xtravaganza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

46 Tahun Bikin Filem, Datuk Yusof Haslam Terima Gelaran Doktor

Syafiq Farhain Kesal Berita Palsu Saleem Meninggal Tular