in

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Antara tangis dan tawa, usaha Chiwan dan Achok (Chilok) selama sepuluh minggu akhirnya membuahkan hasil lumayan. Dalam program realiti Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, Chilok berentap dengan Achey, Bocik, Titan, Sumbu, dan Kepoh demi hadiah utama berupa wang tunai RM50,000. Chilok yang hanya pernah memenangi juara mingguan sekali sahaja sepanjang pertandingan ini berlangsung, hanya mampu tergamam di atas pentas apabila AG dan Yana Samsudin mengumumkan mereka adalah Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Menurut Chiwan, anggota kumpulan Chilok, “Sebenarnya kami memang tidak menyangka keputusan yang begitu drastik. Hal ini kerana, selama sembilan minggu kami hanya pernah menang sekali sahaja. Berbanding dengan Achey yang sudah menang empat kali, dan finalis lain sebanyak dua kali. Cuma malam ini, saya dan Achok berfikir untuk hanya berseronok di atas pentas itu dan rupa-rupanya kami terlepas pandang hal itu. Sebenarnya, itulah rahsia untuk memuaskan hati semua pihak, baik juri profesional atau pengundi, adalah berseronok ketika membuat persembahan.”

“Idea pemberkasan orang yang tidak puasa di pusat karaoke dan menggunakan Jabatan Agama Islam (Jais) ini sebenarnya kami pernah gunakan ketika dalam Bintang Mencari Bintang musim 2 dahulu. Oleh kerana ketika itu, idea ini mendapat sambutan hebat, dan kebetulan kami dapat kaitkan JAIS dengan tema malam ini, iaitu Puasa atau Raya. Alhamdulillah Shariff Zero juga banyak membantu dalam proses pembikinan persembahan kami dengan menambah satu lagi konflik, iaitu orang yang tidak puasa itu sebenarnya SPRM. Menjadikan cerita kami ini seperti dua konflik dalam satu cerita.” jelas Achok.

Konsert Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (SQPBBB) turut menampilkan Ajai bersama Fauziah Ahmad Daud selaku juri jemputan dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, selaku juri tetap. Peserta telah dinilai oleh para juri yang mewakili 50% markah keseluruhan, manakala lagi 30% markah adalah berdasarkan undian melalui SMS oleh penonton, dan 20% markah adalah daripada juri awam.

Minggu yang bertemakan Puasa atau Raya ini, Chilok mempersembahkan sebuah sketsa mengenai dua jejaka yang gemar berfoya-foya di pusat hiburan bersama gadis-gadis secara rawak. Perbuatan keji mereka itu bertambah keji apabila mereka galak melakukannya ketika bulan Ramadan. Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah diperhatikan oleh JAIS yang menyamar sebagai pelayan pusat hiburan tersebut. Pengakhiran cerita mereka apabila JAIS mencuba untuk memberkas mereka, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila dua jejaka itu sebenarnya anggota SPRM yang juga telah lama memerhatikan anggota JAIS yang suka mengambil rasuah.

Berikut adalah tangga kedudukan barisan finalis bersama artis jemputan yang telah berganding dengan mereka malam semalam.

KEDUDUKAN KUMPULAN ARTIS JEMPUTAN
JUARA CHILOK Shariff Zero
KEDUA ACHEY Adik Amira Shahira
KETIGA BOCIK Shahrol Shiro
KEEMPAT TITAN Anas Redzuan

Sungguhpun hanya Chilok yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan tiada hadiah untuk para finalis yang mendapat tempat kedua dan ketiga, Achey dan Titan telah memenangi cabaran Youtube Dato Seri Vida. Achey telah meraih perhatian penonton yang paling ramai dan memenangi wang tunai RM5,000. Manakala, Titan mendapat tempat kedua dalam cabaran ini dan mendapat hadiah wang tunai RM2,000.

SQPBBB dihoskan oleh AG Hot FM dan Yana Samsudin dan juga Fizie Hot FM selaku pengacara di belakang tabir. SQPBBB turut dimeriahkan lagi oleh penaja utama iaitu Pamoga Qu Puteh. Dalam perjalanan ke Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, sembilan minggu telah berlangsung dengan penuh jenaka yang mencuit hati dan tidak kering gusi. Tahniah buat para pemenang mingguan yang berjaya memenangi wang tunai RM 10,000 semenjak menggu pertama lagi. Para pemenang mingguan adalah seperti berikut:

MINGGU PERTAMA ACHEY

MINGGU KEDUA TITAN

MINGGU KETIGA BOCIK

MINGGU KEEMPAT ACHEY

MINGGU KELIMA BOCIK

MINGGU KEENAM TITAN

MINGGU KETUJUH CHILOK

MINGGU KELAPAN ACHEY

MINGGU KESEMBILAN ACHEY

Ingin menonton rancangan ini dari awal sekali lagi? Para penonton dapat menonton siaran ulangan konsert mingguan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dalam portal video nombor satu Malaysia, Tonton di URL www.tonton.com.my. Selain itu, para penonton dapat menonton siaran ulangan Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada hari Jumaat, jam 9,30 pagi di TV3.

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Chilok Juara Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afiq Muiz Berdakwah Dalam Telemovie CINTA ITU KERJA ALLAH

CYRILL HASSAN

Konsert Us The Duo Live in Malaysia 2015