in ,

Ayah Azri AF9 Meninggal Dunia

Pada pagi ini, kami di budiey.com bersama Budieyators telah mendapat perkhabaran duka dari geng kami yang juga seorang penyanyi, Azri AF9 di mana bapa kesayangan telah pun kembali ke pangkuan rahmatullah pada jam 6 pagi tadi. Berita disampaikan oleh Azri melalui Grup Whatsapp Budieyators – Viralisme.

Menurut Azri, ayahnya mengidap sakit Alzheimer.

Ayah da lama dia sakit alzhiemer.. klu org melayu ckp sakit nyanyok. Abah pon da lama x leh jalan.. kaki dia x kuat.

Kita dua minggu lepas.. abah mula batuk teruk. Cam batuk berkahak la. Bawak p spital sbb batuk nya lama xok. So doc sah kan abah ada jangkitan paru2 dan ada bayak kahak.. so doc sedut kuarkan kahak dan beri antibiotik. Alhamdulilah makin pulih selepas seminggu di hospital..

Kemudian kami bawak abah pulang kerumah.. selang dua hari. Abah xlalu makan.. makan pon xmahu. Kemudian asik muntah2. Apa yg masuk smua nya kuar blek.. dan nafas nya seperti sesak nafas.

Bawak blek ke spital.. doc cek smua abah dalam keadaan kritikal. Dia kata pggl la smua anak2 dan sedara mara sbb abah da x kuat.. bila2 masa je.

Pagi td.. dalam kul 6am. Abah da pergi.

Salam takziah dari kami. Semoga ruh arwah tenang dan ditempatkan bersama solehin.

Berita ini juga telah disampaikan oleh Azri sendiri laman Facebook miliknya pada pagi tadi.

Ayah Azri AF9

Yang hidup pasti akan merasa kematian.. ayahku telah kembali kepada pencipta Nya. Terima kasih atas jasamu.. titik peluh mu.. usiamu.. membesarkan aku tanpa penat lelah dan memberi nasihat serta pengajaran hidup kepada ku.. sentiasa menyokong apa sahaja kehendak ku..

Terima kasih ayahandaku Abdullah Bin Mohamad. Terima kasih atas segalanya.

Moga dikau ditempatkan bersama golongan yang baik baik disisi Nya. Al-fatihah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Corat Coret Anugerah Melodi 2016

Siapa Penyanyi Terkenal Bakal Duet Bersama Krisdayanti di Konsert Romansa?