in ,

Corat Coret Anugerah Melodi 2016

Buat julung kalinya, program hiburan sensasi TV3, Melodi menganjurkan anugerah paling sensasi, Anugerah Melodi 2016 untuk meraikan 10 ikon hiburan. Acara ini bersiaran secara langsung pada hari ini (10 Disember 2016) dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Anugerah Paling Sensasi Tahun 2016! 10 Anugerah Meraikan Ikon Hiburan

Berbeza dengan acara anugerah yang sedia ada, Anugerah Melodi 2016 bertujuan meraikan personaliti yang mewarnai industri seni. Secara keseluruhan, Anugerah Melodi 2016 mempertandingkan 10 kategori iaitu Personaliti Filem Melodi, Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Drama Melodi, Personaliti Pengacaraan Melodi, Personaliti Komedi Melodi, Pasangan Sensasi Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi, Personaliti Fesyen Melodi, Personaliti Sukan Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016.

Pencalonan juga diperluaskan ke bidang sukan untuk mengangkat semangat skuad Olimpik dan Paralimpik negara yang telah melakar kemenangan dan mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Anugerah Melodi 2016 dilihat dapat menyebarkan semangat positif para penggiat seni dan menjadi inspirasi kepada penonton.

Setiap kategori telah senarai pendek 5 calon berdasarkan pengaruh dan pencapaian mereka di bidang masing-masing. Barisan pemenang ditentukan melalui undian sepenuhnya oleh penonton di www.anugerahmelodi.com.my bermula pada 31 Oktober 2016 hingga 30 November 2016.

Personaliti Pengacaraan Melodi - Neelofa

Personaliti Pengacaraan Melodi – Neelofa

Personaliti Luar Negara - Afgan

Personaliti Luar Negara – Afgan

Personaliti Filem Melodi - Zizan Razak

Personaliti Filem Melodi – Zizan Razak

Personaliti Fesyen Melodi - Nazim Othman

Personaliti Fesyen Melodi – Nazim Othman

Personaliti Drama Melodi - Fattah Amin

Personaliti Drama Melodi – Fattah Amin

Pasangan Sensasi Melodi - Akim & Stacy

Ayda Jebat - the ultimate winner

Ayda Jebat – the ultimate winner

Senarai kategori dan pencalonan Anugerah Melodi 2016:

 

PERSONALITI FILEM MELODI

 

Memiliki aura tersendiri yang menarik perhatian penonton! Pelakon terkenal dan berbakat besar yang laris di layar perak kerana kredibilitinya membawa watak dan tahap lakonan yang berkesan!

 

 

 

1) Shaheizy Sam

2) Zizan Razak

3) Shamsul Yusof

4) Nabila Huda

5) Bront Palare

 

 

PERSONALITI MUZIK MELODI

 

Penyanyi tersohor yang berjaya mencipta nama di arena muzik! Selain berpersonaliti unggul dan sering menjadi tumpuan ramai kerana mutu suara dan bakatnya yang berkualiti dan memukau, penyanyi ini pernah memenangi anugerah kerana berpengaruh besar dalam penampilannya.

 

 

 

 

1) Yuna

2) Faizal Tahir

3) Akim Ahmad

4) Ayda Jebat

5) Shila Amzah

 

 

PERSONALITI DRAMA MELODI

 

Wajah yang sentiasa menjadi pilihan untuk menghiasi drama – drama di kaca televisyen. Selain memiliki pakej lengkap dan kualiti lakonan yang hebat, personalitinya berjaya mencairkan hati penonton yang sentiasa tertunggu – tunggu setiap episod drama lakonannya!

 

 

 

 

1) Saharul Ridzwan

2) Mira Filzah

3) Janna Nick

4) Fattah Amin

5) Amyra Rosli

 

 

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI

 

Kredibiliti pengacaraan yang ternyata hebat! Keperibadian yang menarik dan personaliti yang versatil menjadikan dirinya pujaan malah menjadi inspirasi orang ramai dalam dunia pengacaraan! Personaliti yang fasih berbicara sentiasa merancakkan program yang dikendalikan dengan karismanya yang mencuit hati penonton!

 

 

 

 

1) Awal Ashaari

2) Fauziah Dato Ahmad Daud

3) Alif Satar

4) Neelofa

5) Datuk Rosyam Nor

 

 

 

PERSONALITI SUKAN MELODI

 

Ikon berwibawa yang bergelar selebriti pastinya menjadi kebanggaan Malaysia kerana kejayaannya mengharumkan nama negara! Wirawan atau wirawati yang telah mencipta sejarah dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti mutu sukan!

 

 

 

1) Datuk Lee Chong Wei

2) Pandelela Rinong

3) Abdul Latif Romly

4) Ridzuan Puzi

5) Muhammad Ziyad Zolkifli

 

 

PERSONALITI KOMEDI MELODI

 

Personalitinya sebagai penghibur tidak pernah menghampakan penonton! Keletah mereka yang melucukan dalam bidang lakonan mahupun apa jua program berbentuk hiburan pastinya mencuit hati orang ramai. Ada sahaja cara atau pesona tersendiri yang dipersembahkan ketika berjenaka untuk menceriakan hati orang ramai!

 

 

 

 

1) Abam

2) Achey

3) Mark Adam

4) Ebby Yus

5) Jep

 

 

PASANGAN SENSASI MELODI

 

Pasangan merpati dua sejoli yang pastinya sensasi! Pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan dan bahan bualan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka! Gaya dan momen romantis pasangan ini membuatkan para pengikut tegar seronok menyaksikan kebahagian mereka!

 

 

 

 

1) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

2) Awal Ashaari & Scha Alyahya

2) Zain Saidin & Rozita Che Wan

3) Yusry & Lisa Surihani

4) Akim & Stacy

 

 

PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI

 

Namanya begitu popular sehingga meraih jutaan pengikut di laman sosial! Personaliti ini juga mesra dan sentiasa berinteraksi bersama peminat di laman sosial! Bukan sahaja menjadi tumpuan di lensa kamera, malah dia berjaya mencuri perhatian pengikut- pengikutnya dengan berkongsikan gambar- gambar yang menarik!

 

 

 

 

1) Nelydia Senrose

2) Nora Danish

3) Emma Maembong

4) Ayda Jebat

5) Zizan Razak

 

 

 

PERSONALITI FESYEN MELODI

 

Pasti ada yang tertawan melihat stail unik personaliti ini! Orang ramai tak pernah jemu menyaksikan dia bergaya di lensa kamera mahupun melihat fesyennya di ruang maya. Tidak pernah gagal bergaya! Stailnya yang tersendiri sememangnya menjadi ikutan!

 

 

 

 

1) Wak Doyok

2) Nazim Othman

3) Rozita Che Wan

4) Fazura

5) Zahirah Mcwilson

 

 

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (*Anugerah Utama / Ultimate Award)

 

Personaliti yang sering mendapat perhatian utama dan sokongan positif daripada para peminat dan orang ramai. Berperwatakan menarik, memiliki aura dengan karisma dan daya Tarik yang luar biasa!

Sensasi dengan berita dan isu yang mampu memberikan inspirasi tinggi kepada peminat dan masyarakat umum.

 

 

 

 

 

1) Sharnaaz Ahmad

2) Mira Filzah

3) Janna Nick

4) Ayda Jebat

5) Zizan Razak

 

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, “Sebagai program infotaintment pertama di Malaysia, Melodi memberikan informasi terkini, sensasi, paling hangat dan tidak lekang dengan kupasan eksklusif sejak diperkenalkan pada tahun 1992. Tidak hanya mengejar kisah kontroversi ataupun terjah artis, Melodi sebenarnya bertindak sebagai perantara dan membuka peluang kepada artis-artis untuk memperjelaskan sesuatu isu. Jadi, hubungan Melodi dan selebriti bagaikan aur dengan tebing dan saling memerlukan.”

Penjenamaan Melodi dan pengisian kandungan sering diperbaharui untuk menepati kehendak cita rasa jutaan penonton. Selama 24 tahun ini, para penggiat seni dan peminat tidak putus memberikan sokongan dan maklum balas terhadap program ini. Jadi, Anugerah Melodi 2016 diadakan bagi memberi peluang kepada penonton TV3 terutama mereka yang membesar dengan Melodi untuk turut serta dan mengangkat personaliti hiburan paling sensasi sebagai pemenang.

Anugerah Melodi 2016 dihoskan oleh AG dan bergandingan bersama selebriti popular iaitu Erra Fazira, Cheryl Samad, Elizabeth Tan, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal, Bell Ngasri, Tabah Syazwan dan Luqman Podolski untuk mengemudikan majlis ini. Lebih istimewa, Anugerah Melodi 2016 turut menampilkan bekas pengacara Melodi seperti Datuk Mahadzir Lokman (hos pertama Melodi), Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Raja Azura dan Zizan Razak 

Barisan penyampai anugerah pula terdiri daripada Nana Mahazan, Siti Saleha, Ziana Zain, Senario, Lisa Surihani, Diana Danielle, Amar Baharin, Amyra Rosli, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera dan Muhammad Hafiz Hashim.

Malam anugerah dihangatkan dengan persembahan hebat artis-artis popular Malaysia dan antarabangsa. Antaranya, Amy Search, Candy, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba, Aiman Tino, DJ Nas T & Caprice dan artis popular Indonesia seperti Afgan, Marcell dan Rizky Febian. .

Anugerah Melodi 2016 dikuasakan oleh Samsung Galaxy J7 Prime dengan hashtag #bestieberwefie selaku penaja bersama manakala Maggi Letup, Hyundai dan CJ Wow Shop sebagai penaja. Para pemenang bagi kategori Personaliti Fesyen Melodi, Personaliti Filem Melodi, Personaliti Drama Melodi, dan Personaliti Muzik Melodi turut menerima baucar tunai bernilai RM 1000 daripada CJ Wow Shop.

Selain siaran langsung di TV3 dan portal video tonton, Youtube TV3 Malaysia Official juga menyiarkan Anugerah Melodi 2016 secara langsung (live streaming) bermula dari acara karpet merah. Anda juga boleh menyaksikan sesi temuramah bersama para pemenang menerusi program istimewa ‘Dari Bilik Sebelah Anugerah Melodi’ di Youtube TV3 Malaysia Official. TV9 juga menyiarkan kemeriahan acara karpet merah secara siaran langsung menerusi program Pop TV pada pukul 8.30 malam.

Kepada sesiapa yang ketinggalan menonton Karpet Merah dan Anugerah Melodi 2016, mereka masih boleh saksikan menerusi ‘catch up’ di portal video tonton, www.tonton.com.my

Anugerah Melodi 2016 disokong oleh TV9, portal video tonton, stesen radio Hot FM & Kool FM, Studio 8, Harian Metro dan ZIP selaku rakan media. Sidang produksi Anugerah Melodi 2016 diterajui oleh Jamil Hassan selaku penerbit eksekutif dan Michelle Wee selaku penerbit.

Gunakan hashtag #AnugerahMelodi untuk hangatkan perbualan tentang Anugerah Melodi 2016 di laman sosial. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, Twitter & Youtube TV3Malaysia dan laman web rasmi di www.anugerahmelodi.com.my

Persembahan Tomok & Black

Persembahan Sufian Suhaimi

Persembahan penutup dari Saleem, Sahara Yaacob & Mus May

persembahan Misha Omar

Persembahan Marcell

Persembahan Marcell

persembahan Francisca Peter

Persembahan Afgan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sempena 2017 Laman Web Suria FM Kini Berwajah Baru

Ayah Azri AF9 Meninggal Dunia