in ,

Siapa Penyanyi Terkenal Bakal Duet Bersama Krisdayanti di Konsert Romansa?

Pada jam 3 petang tadi, Budiey sempat menghadiri Sidang Media Konsert Romansa 2017 yang menampilkan persembahan penyanyi Indonesia yang terkenal, Krisdayanti di pentas berprestij Istana Budaya. Pasti peminat KD tak sabar nak beli tiket kan? Kat bawah nanti korang boleh tahu caranya. Seperti yang Budiey siarkan beberapa minggu lalu di entri INI, konsert yang berlangsung tiga malam akan bermula pada 24, 25 dan 26 Februari 2017. Ramai juga yang ragu-ragu, dapatkan KD menarik peminat untuk membeli tiket dan menjamin jualan tiket habis untuk tiga malam itu? Itu yang Budiey tanya semasa sesi temubual tadi.

Walau apa sekali pun, KD sangat positif orangnya. Budiey rasa dah tak sabar nak tengok persembahan penuh bertenaga dari Krisdayanti setelah menyaksikan persembahan lagu COBALAH UNTUK SETIA semasa sidang media tadi. Vokalnya tak lari dan masih hebat walaupun berusia 41 tahun, namun persembahan KD seperti yang kita dengar 10 tahun lalu.

Krisdayanti

Budiey memangnya membesar dengan lagu-lagu Krisdayanti. Antara lagu yang Budiey suka dengar ialah, Menghitung Hari, Makin Aku Cinta, Mencintaimu, I’m Sorry Goodbye, Bila Cinta Tak Berdosa, Pilihlah Aku, Mengenangmu, Mahadaya Cinta, Keinginanmu dan banyak lagi. Juga banyak juga lagu duet KD bersama Anang ynag Budiey suka. Memang lagu-lagu romantis gitu.

Mengenai pemilihan Romansa sebagai judul konsert, katanya, ia menggambarkan kepahlawanan, seorang ibu, keanggunan dan romantik, yang bersesuaian dengan bulan cinta.

Budiey sempat menemubual Krisdayanti. Jadi, nantikan sahaja video temubual yang Budiey akan upload di saluran Youtube Budiey.com.

Krisdayanti Umum Penyanyi Terkenal Bakal Duet Bersama di Konsert ROMANSA di Istana Budaya

Konsert berskala besar ini dikatakan bakal mencatatkan sejarah peribadi Krisdayanti  sendiri kerana ia bakal menghimpunkan lebih 25 lagu popular nyanyiannya sepanjang lebih dua dekad bergelar penyanyi. Bagi KD, buat persembahan konsert tiga malam berturut-turut juga adalah satu perkara luar biasa sebab dia jarang melakukannya. Ini semua adalah untuk peminat setia yang banyak memberi sokongan.

Konsert dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd itu dianggap sebagai detik kepulangan semula Krisdayanti ke dalam industri muzik Malaysia setelah berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Konsert itu juga bakal menampilkan kelainan berbanding persembahannya di Malaysia sebelum ini, termasuk Krisdayanti Live in KL pada November 2014.

“Saya turut membesar bersama muzik dari Malaysia. Sejak awal pembabitan saya dalam arena seni dan ketika melangkah masuk ke pasaran muzik Malaysia, saya sudah memikirkan sesuatu yang istimewa sebagai penghargaan kepada industri di sana.

“Saya menggunakan sepenuhnya tenaga produksi dari Malaysia, termasuk teknikal, pemuzik, penari dan komposer (Aubrey Suwito). Hanya kostum disediakan oleh pereka Indonesia.

“Ia konsert pertama saya yang menggunakan produksi luar sepenuhnya. Jadi, semestinya saya yang ingin tampil berbeza dari segi pemilihan lagu, malah ada artis jemputan yang berbeza pada setiap malam persembahan,” katanya.

Konsert terbabit akan menampilkan 25 lagu popular penyanyi itu, termasuk dua single baharu yang dihasilkan di Amerika Syarikat, masing-masing Sleep To Dream dan In Love Again ciptaan Mateo Camargo serta Nathan Leone, insan yang bertanggungjawab menghasilkan single Waka Waka dendangan Shakira.

“Sebelum ini, persembahan saya hanya berlangsung satu malam dan apabila diberi peluang beraksi selama tiga malam berturut-turut, sudah pastinya stamina harus lebih kuat,” ujarnya sambil memberitahu, dirinya akan bekerjasama dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan beberapa penyanyi legenda dari Malaysia.

“Ketika tubuh dan fikiran saya sedang berkecamuk, tawaran mengadakan konsert ini datang bagi mengubati kerinduan peminat. Malah, ia juga dianggap sebagai konsert kepulangan saya ke rumah.”

Menurut penyanyi ini, suaminya, Raul Lemos, 45, turut memberikan keizinan untuknya menjayakan persembahan berkenaan selepas sekian lama menguruskan keluarga.

“Itu janji saya kepada suami kerana kami hanya bertemu seminggu. Beliau sibuk menguruskan perniagaannya di Timor Leste. Jadi, saya yang menguruskan keluarga. Apabila melihat kesungguhan saya menguruskan anak-anak, beliau sendiri memberikan keizinan untuk saya mengadakan konsert di Malaysia,” katanya.

Paling istimewa, Krisdayanti akan menjemput seorang penyanyi terkenal untuk turut sama menyanyi bersama beliau di pentas.

Di sidang media ini juga, Krisdayanti turut mengumumkan cara untuk membeli tiket yang berharga RM118, RM258, Rm358, RM458 dan RM588 akan dijual di www.myticket.asia.

Selain itu, peminat juga boleh mendapatkan tiket di laman media sosial rasmi penganjur di www.facebook.com/NeoBelIndulgenceSeries.

Krisdayanti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayah Azri AF9 Meninggal Dunia

Senarai Pemenang Anugerah Telenovela 2015