in , ,

Salma Mentor & Azri AF9 Sah Nikah Jadi Suami Isteri

Tidak lama selepas kami lepak sama-sama sambil menonton filem terbaru paling lawak dan hillarious bertemakan Bro-Mance berjudul The Wedding Ringer pada minggu lepas, dalam asyik kami gelak-gelak sama-sama satu pawagam tu, tup tup pasangan serasi bersama Azri AF9 atau nama sebenarnya Azri Abdullah, 28, dan bekas juara Mentor 5 Salma Andi-Asis, 25, protege kepada Erra Fazira telah diberitakan telah bernikah pada 31 Januari 2015. Heyyy… korang ni, await berahsia bebenor?

Mereka selamat dinikahkan di Masjid Al Kautsar, Tawau, Sabah berwalikan bapa Salma sendiri, Andi-Asis Cakka hanya dengan sekali lafaz. Salma menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM10,000.

Majlis pernikahan mereka dikatakan telah diadakan di Masjid Al Kautsar, Tawau Sabah tepat jam 11 pagi. Fuh tengok gambar wedding mereka bukan main cantik dan pasangan ni memang sepadan jek.

Salma Mentor &Amp; Azri Af9 Sah Nikah Jadi Suami Isteri

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi di kampung halaman Azri di Klang, Selangor.

Aduyai, diorang ni, patutlah kemesraan mereka nampak lain macam saat kami nak beransur pulang pada malam tu. Budiey pun ada mengusik Azri, yang mana Budiey berseloroh dengar citer mereka akan kahwin tak lama lagi. Kemudian, Budiey nampak wajah Azri berubah merah pedam.

Mungkin masa tu dia menahan untuk menyebarkan rahsia. Hahaha, biarlah cakap sepatah nak kahwin, ini tidak. Memang Azri dan Salma rahsiakan berita itu sehinggalah berita tersebar beberapa hari lalu. Huhu, terkilan betul dengan diorang ni tapi apa-apa pun mungkin mereka ada sebab tak nak cakap pasal wedding diorang.

Berita baik tak perlu nak rahsia, betul tak? Namun, sama-sama kita doakan semoga Azri dan Salma terus bahagia melayari bahtera perkahwinan dan mendapat zuriat yang comel-comel dan sado. Ehhh….

Salma yang berwakil walikan bapanya menerima mas kahwin bernilai RM300 berserta wang hantaran berjumlah RM10 ribu termasuk tujuh dulang hantaran. Sementara itu, Salma membalas dengan sembilan dulang hantaran.

“Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar. Jujurnya, tidak ada perancangan rapi untuk majlis kami kerana selepas Azri melamar dan masuk meminang, saya dan keluarga terus terima.”

Menurut sumber dari akhbat Kosmo!,  Salma berkata:

“Sebenarnya, saya masih keliru dan tertanya-tanya adakah benar saya dan Azri sudah bergelar suami isteri. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan kami sudah sah berkahwin. Dia mengajak saya berkahwin pada awal Januari lalu dan saya merasakan dialah jodoh saya, tambahan pula keluarga saya juga senang dengan sikap Azri.

“Sepanjang mengenalinya, saya menyifatkan Azri seorang lelaki yang budiman, baik dan romantik,” kata Salma yang belum merancang untuk berbulan madu dan menyerahkan urusan cahaya mata kepada tentuan Allah.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua Salma dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

“Anak Salma memanggil saya Papa,” ujar Azri ringkas.

Budiey nak ucapkan tahniah. Kalau ada kenduri, jangan lupa jemput kami ya. Kalau tak kami akan merajok selama 2 bulan. Okay bye.

Kredit gambar wedding Salma Mentor & Azri AF9 dari : Irvan Photograpby

Azri Salma

Salma Mentor &Amp; Azri Af9 Sah Nikah Jadi Suami Isteri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Kejutan Siti Nurhaliza Untuk Rozisangdewi & Miela Fazie

Feli Sumayku Winner Of MTV VJ HUNT INDONESIA 2014