in

Apa Kasih Toq & OMG Berjaya Ke Final Liga Lawak Superstar

Selepas berjaya mengungguli separuh akhir pertama dua minggu lalu, pasukan OMG sekali lagi mempamerkan persembahkan terbaik apabila mengumpul markah tertinggi iaitu 63 markah, menjadikan markah keseluruhan mereka sebanyak 124 markah. OMG yang dianggotai oleh Anas Ridzuan, Akim Ahmad dan komedian, Sathiya, akan berhadapan dengan pasukan Apa Kasih Toq di peringkat akhir selepas gandingan Kamal Adli, Syafiq Kyle dan Didie Alias mendapat tempat kedua markah terkumpul.

Seperti minggu-minggu sebelum ini, di pusingan separuh akhir kedua ini peserta Liga Lawak Superstar perlu berhadapan dengan 5 cabaran iaitu ‘Apa Maksud Kau’, ‘Sketsa Mendahi’, ‘Ekspresi Muka Tak Boleh Blah’, ‘Adiwira Tak Berapa Nak Wira’ dan ‘Karaoke Uncle Kakitangan Sahaja Dibenarkan Masuk’. Pasukan Apa Kasih Toq dan Aku Diandra memulakan cabaran dengan permainan ‘Apa Maksud Kau’. Untuk caraban kedua pula, menampilkan pasukan OMG dan Aku menerusi permainan ‘Sketsa Mendahi’ yang turut mempersembahkan artis jemputan iaitu Kumpulan Bocik yang terdiri daripada Fad dan Abam.

Seterusnya, pasukan Apa Kasih Toq dan Aku Diandra bertemu sekali lagi untuk permainan ke-3 iaitu ‘Ekspresi Muka Tak Boleh Blah’ manakala Aku dan OMG menyusul menguasai pentas menerusi permainan ‘Adiwira Tak Berapa Nak Wira’. Sebelum melabuhkan tirai persaingan separuh akhir kedua ini, kesemua pasukan dikehendaki melalui cabaran terakhir iaitu ‘‘Karaoke Uncle Kakitangan Sahaja Dibenarkan Masuk’’.

[pullquote align=”right”]Empat kumpulan yang beraksi di separuh akhir kedua berentap bagi meraih markah daripada barisan juri tetap iaitu Ida Nerina, juri jemputan, Khir Rahman dan Fatimah Abu Bakar, juri awam dan undian SMS daripada orang ramai.[/pullquote]

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar TV3, “Tahniah diucapkan buat kesemua pasukan iaitu OMG, Apa Kasih Toq, Aku Diandra dan Aku. Walaupun, Aku Diandra dan Aku tidak layak ke peringkat akhir, mereka telah menunjukkan kesungguhan sehingga ke peringkat sejauh ini. Menyedari mereka bukanlah pelawak tetapi tetap berani menyahut cabaran untuk melakukan sketsa komedi adalah sesuatu yang harus dibanggakan. Semoga pengalaman di pentas Liga Lawak Superstar menjadikan pelakon-pelakon ini lebih versatil dan mampu beraksi secara spontan di hadapan orang ramai. Kepada dua pasukan yang layak ke peringkat akhir iaitu OMG dan Apa Kasih Toq, saya mengharapkan persembahan yang memukau dan sengit dari mereka pada hari Ahad ini.”

Liga Lawak Superstar menampilkan 8 orang komedian dan 16 pelakon popular tanah air yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan daripada 4 pasukan yang disertai oleh seorang komedian dan 2 pelakon dalam setiap pasukan. Pada pusingan awal, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung di pentas Liga Lawak Superstar secara selang seli pada setiap minggu. Selepas 4 pertarungan, 2 kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir. Kumpulan yang terbaik sahaja akan menyandang gelaran Juara Liga Lawak Superstar serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 250,000.

Kumpulan paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Liga Lawak Superstar sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 250,000. Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM 75,000 manakala tempat ketiga RM 50,000 dan tempat keempat RM 25,000. Bagi sistem pemarkahan pula akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam di studio. Undian SMS akan dibuka selama satu minggu bermula daripada hari Ahad hingga Ahad minggu berikutnya jam 6.00 petang.

Jangan ketinggalan menyaksikan Liga Lawak Superstar yang dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor ini dengan sketsa komedi yang lebih menarik dan mencuit hati pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3! Untuk menyemarakkan lagi Liga Lawak Superstar penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti info terbaru di radio rasmi Liga Lawak Superstar iaitu Hot FM. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan tanda pagar #LigaLawak untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar.

Carta kedudukan markah peserta di Separuh Akhir Liga Lawak Superstar:

IMG_0631

IMG_0650

IMG_0677

IMG_0704

IMG_0722

IMG_0749

IMG_0814

IMG_0917

IMG_0923

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia & AirAsia X Wins Investor Relations Award

Kozae Kau Indahkan Mimpi Ku Featuring Mimi One Nation Emcee